Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

02 April, 2013

TAKLIMAT KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR di IPK SELANGOR



charlie_brown.jpg

AWAL PAGI, SEAWAL 7 PAGI ,memulakan perjalanan ke IPK SELANGOR.
Dengan perebutan laluan,kenderaan2 yang menghala ke bandaraya Shah Alam akhirnya dapat juga mengunjungi laman IPK pada jam 9 pagi.
Tuan Pengarah dah nak habis berucap..... Beliau menyentuh dasar2 KPM,dan dipenghujungnya selepas merasmikan majlis ni,tuan pengarah mengajak semua yang hadir untuk membantu kerajaan dalam PRU yang akan datang ni.
Diikuti ceramah oleh Ketua polis Selangor ,Tuan Hisam.... berkaitan dengan keselamatan dan hal2 media.Beliau berharap hadirin jangan menerima bulat2 maklumat yang dihidangkan  oleh media terutamanya media sosial .... yang sering menghentam polis.

Slot yang menarik adalah dari forum yang diketuai oleh  Prof.Kolonel Kamarudin Kacar.(B).,Jeneral (B) dan juga Kaptan (B) Prof.Naib Chanselor UM.Mereka ni hebat2 belaka... dan sepatutnya dijadikan role model oleh semua warga pendidik.

Dan selepas makan tengahari dan solat zohor.... Ucapan orang yang paling hebat - Tun Dr Mahathir.... beliau adalah negarawan hebat.

Pada hari ni, berhimpunnya para gurubesar dan pengetua sekolah2 di negeri Selangor.Ramai orang baru dan muda2 lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan