Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

28 April, 2011

SENANG DAN SEDAP




TERIMA KASIH kepada pengusaha kantin SKJT, Pn Kamariah..


Sungguh lazat SANDWICH yang dihidangkan kepada murid2 tu ya.... RESEPI turun temurun kini diturunkan kepada 230 orang murid- tahun4 & tahun 5 dalam demo makanan senang,cepat,berkhasiat .Memang sedap dan lazat.
" Wak kantin ! Sayapun boleh buat..,senang je....." jerit anak murid terbaik cikgu KZ dari bangku belakang sekali... tanpa sedar jeritan itu telah menggamit jelingan tajam menyinga cikgu NIK.
MINGGU HEM....hemmm... macam2 ada.
Read more >>

DARI 25 HINGGA 29.....


PELBAGAI aktiviti mewarnai minggu HEM. Sales oleh BKS- dengan juadah buah2an dan makanan lazat - makanan yang tak ada kat kantin. Pameran dari Unit Kantin & RMT tentang makanan.Kuiz kesihatan.... Kuiz kerjaya.Ceramah polis,Demo gosok gigi,basuh tangan dengan betul.Ceramah kesihatan.Demo menyediakan makanan segera lagi berkhasiat - sandwich..SEDAP lagi..
Demo pakcik bomba...
ADA hadiah disediakan bagi peraduan mewarna,bikin poster keselamatan,tulisan cantik.
Read more >>

BANYAKnya buku

TEPAT jam 815, 27 April 2011 ;rombongan ke pameran buku di KL pun bermula.Murid2 yang penuh semangat dan harapan,diiringi oleh Pn Ain,En Hanis,En.Zuhairi dan Pn Azimah.
Read more >>

indahnya water


KEBETULAN dalam sibuk2 menjayakan minggu HEM.. indah water pun nak tumpang semangkuk.
Pada jam 940 pagi 2 buah lori tangki indah water terjongol kat skjt.Murid sibuk makan kat kantin... indah water pun sibuk nak sedut.Mintak tangguhkan ke pukul 1030 pagi - lepas rehat, permohonan penangguhan ditolak.Lebih kurang jam 1015 ,operasi menyedut pun dilaksanakan...
di belakang kantin sekolah pulak tu.
INDAH YANG TAK MENGENDAHKAN........ mengganggu jugak la....
Read more >>

PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 6




ADA murid yang tersenyum,ada murid yang riang.. dan tidak kurang ada yang sedih dan takut .. tetapi tidak ada yang menangis.Itu lah telatah murid tahun 1 yang telah diberikan suntikan oleh pegawai2 kesihatan dari pelabat Telok Datok.Lawatan pemeriksaan kesihatan oleh jabatan kesihatan Telok Datok telah sama2 menjayakan Minggu HEM. TAHNIAH kepada Ustaz Roslizat dan Pn Norita - SU dan PN.SU.HEM 2011. Terima kasih kepada yang menjayakan nya.
Read more >>

TANGAN BERSIH ... MURID SIHAT





TERIMA KASIH KEPADA KELAB DOKTOR MUDA
Dengan bantuan 10 orang ahli kelab doktor muda skjt.... program basuh tangan dengan betul telah dapat dijayakan.Fokus kepada murid PRA,Tahun 1 dan Tahun 2.
Pn Suhaila telah memberikan taklimat khas kepada murid2 yang terlibat.
Read more >>

27 April, 2011

"ASSALAMUALAIKUM NURSE"



UCAPAN SALAM dari murid2 PRASEKOLAH SKJT kepada pegawai2 pergigian dari Pejabat kesihatan Daerah Kuala Langat;menyumbang senyuman meleret oleh pegawai 2 tersebut. Manakala guru 2 Pra pula ketawa kecil melihat telatah anak2 murid yang keletah tu...
" gosok gigi dari atas ke bawah jangan dari kiri kanan "
Terima kasih puan2 pergigian daerah.
Read more >>

PEMAKANAN SIHAT- elak obesiti




PAGI ni En Norhisyam b. Abd Rahman - pegawai berkaitan pemakanan dari pejabat kesihatan daerah telah berbesar hati untuk memberikan ceramah kepada murid tahap 2 skjt.Beliau seorang yang pemurah... setiap soalan yang dijawab betul oleh murid,pasti murid tersebut dapat hadiah.
SUKA BETUL LAH MURID2NYA. terima kasih tuan atas sokongan tuan pada minggu HEM 2011 sk jalan tanjung. JULUNG kalinya diadakan
Read more >>

"KALAU SEKOLAH TERBAKAR... KERAJAAN BOLEH BINA SEMULA;KALAU MURID YANG TERBAKAR..macamana cikgu?"





TERGAMAM juga saya dibuatnya bila En Malik -pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Langat mengajukan pertanyaan.
" Apa yang cikgu2 buat ni dah betul la.....,sebab dah buat beberapa latihan fire drill untuk murid sekolah ni.."
Semalam 26/4/2011 hari kedua minggu HEM - Pihak bomba telah dipanggil untuk memantau alat pemadam api,hose line dan latihan kebakaran ( loceng gila ).Murid2 dan semua warga skjt dapat berkumpul di tempat selamat dalam masa kurang dari 4 minit. TAHNIAH .....
TERIMA KASIH PAKCIK2 BOMBA....
Jasa dan tunjuk ajar tuan2 akan sentiasa tersemat di jiwa kami.
Read more >>

25 April, 2011

PELANCARAN MINGGU HEM 25 April - 29 April 2011




PELANCARAN MINGGU HEM telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar baru iaitu En Mohd Sadeli bin Zainudin.Beliau telah merasmikan MINGGU HEM dengan memukul gong sebanyak 3 kali.
Program sulung selepas pelancaran adalah ceramah dari pihak polis - Ketua Balai Polis Telok Panglima Garang.Terima kasih kepada yang terlibat dalam melaksanakan majlis pelancaran tersebut.Terima kasih kepada s/u hem - En Mohd Roslizat dan penolong s/u-Pn Norita
Read more >>

17 April, 2011

SUSU 1 MALAYSIA


KHAMIS lalu .... tertinggal bas untuk ke PPD Hulu Langat. Walaupun ada kawan pk yang nak suruh dreber bas tu tunggu kat smkb.Terima kasih pada tuan yang budiman tu.. Pada hari tu ,cuma gantikan GB bagi menghadiri taklimat SuSu 1M. Bertambah lah tugas PK hem dan Skuad SuSu nya.Terima kasih Pn Anita.
Read more >>

SUSAH... SUSAH


KINI BARU LAH DAPAT menyambung semula blog ni,.. Banyak peristiwa/perkara yang telah tertinggal... tidak dapat nak di luahkan dalam blog ni. Kemudahan untuk belayar tiada.... terpaksa le pergi ke kopitiam . SUSAH.... susah.. Tuan gurubesar skjt telah diarahkan berpindah ke sksj ..... bukan jauh pindahnya... macam tak pindah je .... tetapi apakan daya arahan perlu dipatuhi walaupun arahan yang tak munasabah langsung.Selesai je menunaikan umrah di Tanah Suci,beliau dipindahkan.... tentu ada hikmah di sebalik perpindahan itu.Sabar lah wahai mantan GB SKJT.,, GPK KOku skjt pun terpaksa menolak kenaikkan pangkat jadi GB... dga34.... yang tentunya ditunggu2 oleh PPPLD DGA 32.Tak jadi GB pun tak apa asal dapat DGA34.... boleh ke gitu. Terpaksa tolak kenaikkan pangkat tu... siapa lah orang yang normal yang menaikkan pangkat kawan saya tu...kesian betul , jauh tu..Di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Selangor. Bayangkan dari Kuala Langat ke Kuala Selangor.... Kat Kuala Langat pun akan ada GB yang pencen dalam masa terdekat ni.... apa le salahnya kenaikan tu di tangguhkan beberapa hari sehingga si GB tu pencen... boleh ke gitu .Siapa lah orang yang normal yang macam tak normal.. SUSAH...... SUSAH
Read more >>