Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

30 September, 2011

SKJT dalam kenangan





















TANGGAL 1 Oktober bermula bertugas di SKKE ,sekolah yang ke 6 aku bertugas..
Dari Sungai (smk sungai manggis ) berhijrah pula ke laut ( smk batu laut ) kemudian bertugas di darat (sk kanchong darat ) berpindah pula ke bandar ( sk shah alam ) diikuti pula ke tanjung ( sk jalan tanjung ) dan akan bertugas di kampung (sk kampung endah )
Sungguh indah susunan perjalanan karier ku sebagai seorang guru.
Selamat tinggal skjt dan warganya ....
Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama tuan/puan/en/cik semasa saya di skjt.
Terima kasih kepada tuan guru besar .. En Mohd Sadali; walaupun baru dikenali .... tuan seorang yang penyabar dan senang bergurau.
Terima kasih kepada tuan hj hanib pk1.. banyak ilmu telah tuan curahkan kepada saya.
Terima kasih kepada pn jariah .. guru besar yang tak menjadi guru besar..banyak membantu buat relief sebelum saya tiba di sekolah
Terima kasih kepada pn mastura ... kerana sentiasa mengajar saya bagaimana nak tandatangan cek.. akhir2 ni dah lupa pekeliling
Terima kasih nyonya safrina .... hujung bulan memekakkan telinga saya minta kendiri2,borang ponteng sekolah,denggi dan enrolmen
Terima kasih pn ida ... tolong buatkan minit fail
Terima kasih wak roman kerana kari kambing mamak... sedaap..
Terima kasih wak yasin.. wak malik.. makwe guard.. kakak2 pekerja swasta.. abang2 potong rumput.
Terima kasih mama ju kecoh... akhir2 ni lagi kecoh.. ape kes ?
Terima kasih su dan pn su hem ... tolong bikin kertas kerja untuk hari kualiti hem... bincang sama pk hem baru
Terima kasih bebanyak noo kepada pn norul ain .... you salah seorang nadi skjt,jangan pindah bantu skjt kearah kecemerlangan ... you are the best
Terima kasih pn busra... jaga wang jumpa., jangan cicir lagi...
Terima kasih pn mazriana,pn ertati,pn azlili tanpa you all murid KWAPM tak dapat bantuan
Terimakasih pn shikhah.. pn anita ... nyamuk2 aedes takut dengan puan berdua.
Terima kasih en zamhari .... pengawas apa nak jadi ...kasi basuh lagi .
Terima kasih en nazri ... kalau i polis u apa .. pencuri.? Jeritan tuan memang mengasyikkan skjt
Terima kasih en jamil.. selamba je ... lambat datang selamba. ponteng kelas pun selamba .....
Terima kasih master hyper ego nik ... asyik nak kena puji je.. kalau boleh ponteng kelas pun nak dipuji..
Terima kasih en faizil ... jangan gelabah ... nanti sekolah terbakar.. buku jadual kedatangan pastikan sentiasa up date
Terima kasih pn hjh zana.. i takut bila u jeling.
Terima kasih pn yuhaida .. ayu ok ... i suka tengok u gelabah
Terima kasih pn norhayati ,tolong jaga kantin tu ya ... projek kata2 hikmat tu ... bincang dengan hem baru .
Terima kasih pn siti aminah ... pondok kancil spbt ... bincang dengan tuan gb.
Terima kasih pn hasliza ... rmt ...
Terima kasih ustaz azizul ... tolong settle bikin relief.
Terima kasih pn fatimah ... komputer lama kini dah baru... baru nak guna
Terima kasih cik jaswinder .. bantu pk hem sediakan senarai nama murid tahun 1 2012
Terima kasih kepada guru2 yang namanya tak tersebut..bukan ape2.. dah penat menaip ni
Terima kasih tauke kantin pn kamariah and the crews ... kiss and say goodbye
JASA BAIK TUAN /PUAN/ENCIK/CIK sentiasa di kenang

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
JANGAN DISIMPAN DIDALAM PETI BESI;
NANTI JARUM TU BERKARAT...,
KALAU PETI KAYU TAK PE.

MAAAF ZAHIR BATIN
Read more >>

28 September, 2011

bersama lelaki di skjt 2011




Read more >>

hanya dua hari lagi









PROGRAM terakhir di skjt adalah Motivasi keibubapaan Asnaf.Akan berlangsung di Surau SKJT.
Akan dirasmikan oleh pegawai dari LZS Banting ,En.Mohamad Hussain bin Sabar
DIHARAPkan ibubapa dan anak2 asnaf dapat hadir pada

1 OKT 2011 jam 8.00 pagi

Terima kasih Pn Norul Ain dan ajk pelaksana
Read more >>

23 September, 2011

rasa hati yang terasa - kawan lama






bersama bersalaman setelah lama tanpa sapaan.

usia wajahmu lebih tua dari usia tahunmu.

diharapkan senyuman itu akan berterusan hingga ke akhir pertemuan ....



gagah langkahmu tidak selemah dulu.

bahasa bibirmu hilang bersama angin lalu.

kawan lama......

baru ketemui.

mendendang lagu perit baru,

senikata mendayu yang layu.


jiwa ini sebak dan sayu....



sedetik sebelumnya,

kawan-kawan lama....

girang bersua muka,

banyak bahasa untuk dinyata,

berita lama waktu bersama,

lunak gelak tawa.



kekawan lama....

telah lama berkawan ........


disisi kiri ini ada rasa yang terasa tergenang airmata...



21 sept skke kali pertama
Read more >>

15 September, 2011

MERDEKA ! MERDEKA!

MELOMPAT girang murid2 tahun 6 setelah tamatnya UPSR pagi tadi.Legalah tu....

MINGGU DEPAN .. pada19 Sept - Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan.
SEJAK hari Selasa yang lepas Cikgu Nazri( head of chef ) dah sibuk menyusun periuk,dapur dan tong gas bagi persiapan sambutan tersebut.
ITU LE HEBATNYA warga skjt .... program yang dilaksanakan secara sinuman/gejobos... pengalaman yang akan menjadi kenangan manis ku bersama skjt yang akan terpahat dalam senarai STATION perjalanan ku sebagai seorang pendidik.....
AKU AKAN PULANG KE KAMPUNG .....
Read more >>

TAKLIMAT BANTUAN KWAPM BAGI SESI 2012

BERMULA pada jam 830 pagi di bilik mesyuarat di PPD KLgt.Terdiri dari gpk HEM dan guru penyelaras KWAPM sk dan smk yang terlibat.
  Diharapkan ibubapa yang memohon untuk mendapat KWAPM ni dapat memberikan kerjasama dan jujur dan tulus untuk mendapat pulus kerajaan.Biarlah yang benar2 layak/miskin yang memohon.
Guru Penyelaras KWAPM sebolehnya memanggil PARENTS ,beri taklimat serta mengisi borang permohonan KWAPM secepat mungkin agar memberi laluan kepada ajk KWAPM bermesyuarat dan membuat pilihan murid yang benar2 layak ( jika perlu buat tinjauan dari rumah ke rumah) .. dah macam p eninjau pulak...

Senarai nama murid yang layak perlu dihantar ke PPD pada awal FEB 2012 .... Borang Baru tu
Read more >>

RAYUAN KE TINGKATAN 1 SESI 2012

KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA murid- murid tahun 6 sesi 2011 yang rasanya ingin membuat rayuan penempatan untukanak2 mereka,boleh le berbuat demikian dari 15 SEPT hingga 30 SEPT.
WALAU bagaimanapun adalah digalakkan agar borang rayuan tersebut dapat dihantar seawal yang boleh..
BORANG RAYUAN boleh diperolehi daripada Pn.Yuhaida

SETELAH DIISI DENGAN LENGKAP TOLONG SERAHKAN KEPADA GURU KELAS TAHUN 6 MASING2.
INGAT ~~ borang yang tidak lengkap dan lewat... tidak akan dilayan.


TERIMA KASIH PN. YUHAIDA DAN GURU
KELAS TAHUN 6 -2011
Read more >>