Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

28 Februari, 2011

PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK2 TAHUN KELAHIRAN 2005 DAN 2006 KE TAHUN 1 SESI 2012 DAN 2013

Dengan hormatnya dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang terlibat bagi memastikan dapat berbuat demikian secepat yang boleh.Pendaftaran boleh dilakukan mulai
01 mac 2011 hingga 30 april 2011
sehubungan dengan itu tuan/puan diharapkan dapat membuat permohonan tersebut di pejabat SKJT pada hari ISNIN HINGGA JUMAAT - waktu pejabat 8am - 4pm.
Sila bawa bersama :
1 Sijil kelahiran atau sijil anak angkat - 1 salinan
2 Bukti Alamat tempat tinggal - Bil Elektrik/air - 1 salian
3 Kad Pengenalan Ibu dan bapa / penjaga - 1 salinan
4 Sampul Surat putih saiz 4 x 9 dan setem 60 sen
Tuan puan juga boleh memohon dengan melayari laman sesawang
http://www.moe.gov.my/jpnselangor kemudian perlu membuat perakuan permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama dokumen asal seperti dalam senarai semak cetakan penyata maklumat permohonan.
HARAP MAKLUM - lagi cepat urusan ini dibuat.. lagi baik ... dan pihak sekolah sedia membantu jika ada kesulitan dengan menghubungi en aziz pada talian
019 602 2575
Read more >>

watikah perlantikan pengawas sekolah,ketua dan penolong ketua darjah serta pengawas PSS

majlis penyampaian watikah kepada pengawas sekolah,ketua dan penolong ketua darjah serta pengawas PSS telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar SKJT pada perhimpunan mingguan pagi tadi.Majlis berjalan lancar dan tersusun.
terima kasih kepada unit disiplin dan unit B&K serta dibantu oleh ajk pelaksana program tersebut. TAHNIAH kepada murid2 yang menerima watikah tersebut.
Read more >>

08 Februari, 2011

Ahh...... leganya....

Begitulah luahan rasa dari parents skjt bila mengetahui anak2 mereka layak menerima KWAPM dan RMT bagi tahun 2011 berdasarkan DSA - Data Sedia Ada. Kalau melalui sistem eKASIH ....... meloponglah mereka... penat isi data je...habuk pun tarak....

Pentadbir sekolah dan YDP PIBG pun rasa lapang dada.... ,tak perlu lah berbuih mulut menjelaskan kepada parents mengapa anak2 mereka tak dapat bantuan pada tahun ni sedangkan tahun2 sebelumnya mereka layak..... ALHAMDULILLAH.

Senarai nama murid yang layak akan di nyatakan di bawah ni.....
Read more >>