Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

23 Disember, 2010

PROGRAM SUAIKENAL TAHUN 1 SESI 2011

PERLU DIINGATKAN kepada ibubapa dan penjaga murid2 tahun 1 bagi sesi 2011 bahawa pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan /puan ke skjt bersama anak2 tuan/puan yang tahun 1 sahaja.
Pada hari tersebut anak2 tuan/puan akan dikenalkan dengan guru2 kelas mereka dan diadakan ujian kecerdasan untuk memudahkan kenalpasti kelemahan dan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan tersebut
Ibubapa/penjaga pula akan diberi taklimat oleh Tuan Guru Besar, Penyelaras LINUS dan Penyelaras SPBT sekolah.
BILA ? 29hb Dis 2010 ( Rabu )
PUKUL berapa ? 8 Pagi
KAT mana ? Ibubapa/penjaga di kantin skjt
manakala murid2 ... masuk kelas masing2.

Senarai nama anak2 tuan/puan ada terpapar di pintu
masuk kelas tahun 1. Juga boleh disemak di papan putih di tempat letak basikal/
Pada hari tu .... murid2 akan menerima buku teks. Jangan bimbang semua murid akan mendapat buku teks,... sediakan beg lah ye... tolong war-warkan pada rakan taulan yang tidak dapat melawat blog ni.
HARAP MAKLUM... Terima kasih
Read more >>

MESYUARAT..... MESYUARAT PENGURUSAN BAGI SESI 2011

ADALAH DIMAKLUMKAN Mesyuarat/taklimat guru skjt bagi tahun 2011 akan diadakan pada 28 Dis 2010 bersamaan hari Selasa , jam 8.00 pagi di bilik gerakan.
Semua guru tak perlu bawa apa2.. cuma bawa badan je...
Datang ye... jangan tak datang..... kedatangan adalah mesti.

Semoga kita berjumpa pada hari tersebut... insyaAllah.
Read more >>

16 Disember, 2010

MARI-MARI .......

KEDAI buku akan dibuka pada 20 hb Dis 2010.Ibubapa/penjaga boleh la membeli apa-apa yang patut untuk kegunaan anak2 untuk bagi sesi 2011. Keperluan yang pasti baru ialah tali leher bagi murid2 lelaki. Harga sehelai tali leher RM 6.00 sahaja.
Read more >>