Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

28 Ogos, 2012

MESTI DAPATKAN UPSR 5A





"TIDAK DAPAT KE SBP .. tak apa, yang paling penting dapat 5a dalam upsr"
ungkapan kata2 dari Tuan Pengetua SMS Banting yang berkunjung bersama beberapa orang guru dan pelajar ke skke pada awal pagi ini.
Program yang telah dirancang antara skke dengan SMS Banting sejak pertengahan tahun2012 lagi bagi memastikan murid2skke mendapat cemerlang dalam upsr.
Pada awal julai lalu seramai 25 orang murid tahun 6 telah bertandang dan bermalam di SMS Banting sebagai program yang pertama.
Bagi program kedua seramai 25 orang pelajar SMSB bertandang ke skke pula - mentor bagi subjek bahasa inggeris kepada 50 calon upsr skke dan 6 calon upsr sksl.

TERIMA KASIH yang terhingga kepada pihak pentadbir mrsm banting dan kepada semua yang terlibat .
Tuan Hj Kamaludin - Pengetua sms banting - anak watan kg endah dan bekas murid skke 1967 - 1972.
Read more >>

27 Ogos, 2012

boleh pulak" demand" tu





PAGI NI SEKOLAH MACAM BIASA SELEPAS CUTI HARI RAYA DAN CUTI 1/2 PENGGAL 2

Beberapa orang murid tahun 4 telah menunggu di pintu pagar sambil  tersenyum dan mengucapkan selamat hari raya serta bertanyakan duit raya untuk mereka .... ha..ha.. ha
"  Nak duit raya datang lah ke rumah saya "
" Cikgu nak bagi berapa ? "
" Terpulang cikgu lah ...... kalau ramai2 cikgu bagi rm 1 ,.. "
" rm 1 ,buat penat je berbasikal ke rumah cikgu .... rm 5 pulang gak modal "

Pagi2 dah berhadapan dengan anak2  murid kesayangan yang nakal2 ni ..... puh ...;


Read more >>

14 Ogos, 2012

MAAF ZAHIR BATIN

ESOK BERMESYUARAT KAT PPD PULAK..... pemantapan 3k.
ESOK LAST DAY KAT SEKOLAH PULAK TU ..... tak sempat nak mohon maaf kat rakan2 skke.
WALAU APAPUN



Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Read more >>