Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

31 Mei, 2012

bila hem bertugas

31 mei,1 jun,4jun dan 5 jun... hem bertugas.
Jika ada urusan yang berkaitan dengan hem .... anda dialu2kan hadir pada hari tersebut.
terima kasih
Read more >>

25 Mei, 2012

BELUM SEMPAT WAK WASIS ....


ANAK2 Pra firdaus menyambut hari lahir beberapa orang rakan mereka.Terlampau teruja melihat kek2 yang cantik2.
Apabila selesai ucapan Pn asiah dan Guru Besar,mereka bersama2 memotong kek dan mengalunkan lagu selamat hari jadi... Riuh betul anak2 ni

Belum sempat wak wasis membacakan doa,mereka dah membaca doa makan hingga selesai; tergamam juga wak wasis melihat gelagat anak pra ni....MEMANG AKTIF
KEPADA ibu2 yang turut serta dengan membawa pelbagai juadah .... amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

PN asiah dan pn ayu ...... kuah mee jawa tomyam tu memang enak..
Terima kasih kerana menjemput saya
Read more >>

24 Mei, 2012

PROGRAM SUSU SEPANJANG PENGGAL 1






Read more >>

23 Mei, 2012

sijil penyertaan




PAGI2 lagi gpk 1 pn arbaainah telah menyebut nama cikgu aziz.Beliau memanggil saya sambil menghulurkan se keping sijil.
        " Ini cikgu punya ,"tercetus suara gpk 1,sambil menyelak helaian buku relief.
        " Sijil penyertaan ni .... "
Pn Laila Khamsiah pernah meminta izin untuk menghantar blog hemskkampungendah bagi menyertai ..... lupa pulak dah..
Inilah sijil penyertaan tanpa nama ..... !! NAMA TULIS SENDIRI... ha... hah?
     
Read more >>

21 Mei, 2012

minggu akhir...minggu peperiksaan





Kertas bahasa arab dan pendidikan islam menjadi pembuka bagi ppt2012 kali ini.
PPT tahun ni bermula pada 21 Mei hingga 25 Mei.Ini bermakna kertas2 jawapan diuruskan pada waktu cuti..... ha..ha..ha....
Cuti .... cuti juga.... kerja kena bikin langsai.
JADUAL KEDATANGAN MURID sila kemaskini sebelum cuti ...... Mei... 17hari je
Read more >>

18 Mei, 2012

Selalu lah hadiahkan......

Ustaz Ahmad telah mengharapkan kepada semua murid skke agar mereka sentiasa mendoakan guru2 mereka pada setiap solat dan hadiahkan bacaan ummul kitab kepada allahyarham cikgu sarif.
Hari ini adalah hari penutup bagi bacaan yasin dan tahlil buat allahyarham cikgu sarif... selama 5 pagi program ini diadakan.
Terima kasih kepada guru2 skke dan juga murid2 skke..
SEMOGA ALLAH MENCUCURI ROH ARWAH CIKGU MOHD SARIF
Read more >>

16 Mei, 2012

HARI GURU yang selamat

16 mei 2012... hari buat semua guru....
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA... kami guru malaysia
kepada guru2 di skke ,sambutan yang paling sederhana.
Bermula dengan majlis bacaan yasin dan tahlil
Menghayati  perutusan yang dibaca oleh cikgu asiah
penyampaian hadiah oleh murid kepada guru.
jamuan
Siap dan selamat
MASIH TERASA KEHILANGAN DAN PEMERGIAN ALLAHYARHAM MOHD SARIF BIN NAN
-semasa hayatnya .... bila program begini... beliaulah yang paling sibuk di pentas

Read more >>

14 Mei, 2012

DALAM kenangan



TAKZIAH diucapkan kepada keluarga Allahyarham cikgu Mohd Sarif bin Nan.
Allah lebih sayang akan allahyarham.
Kematian mengejut tersebut benar2 mengejutkan warga skke dan rakan allahyarham.Beliau meninggal dunia pada pagi 12 mei 2012, pada usia 35 tahun.
Kemalangan yang berlaku pada pada 25 April yang lalu telah memberi kesan kepada organ dalaman allahyarham yang membawa kepada maut.
WALAU APAPUN allahyarham cikgu mohd sarif telah banyak membawa pembaharuan dalam bidang muzik di skke,ramai di kalangan murid yang mendapat kemahiran dalam memainkan muzik gamelan
Pada setiap program yang grand di sekolah,allahyarham adalah penggerak utama bagi persembahan murid.
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT....
Read more >>

08 Mei, 2012

7 hb MEI cuti peristiwa



Semua warga skke telah bercuti selama sehari semalam.
Tahniah kepada peserta perkhemahan yang telah tamat menjalani program tersebut.Agak mencabar bila ribut dan hujan melanda.Kalau setakat hujan je ....tak hal,tapi diikuti dengan kilat sabung menyabung dan dentuman petir yang dahsyat... para peserta di khemahkan di dalam bilik darjah je... demi keselamatan.
Bermula dari petang hari jumaat hingga tengahari hari ahad......
Letih jugak dibuatnya terutama kem komandan , En shazni,dan rakan2 guru yang lain.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
TUGAS GURU2 BUKAN SETAKAT DI KELAS JE..... kan
Read more >>

03 Mei, 2012

majlis di rumah hem




Pada tanggal bersejarah 28 APRIL2012 ,majlis pernikahan anak saya.Berdebar juga bila menjadi wali nikah.tetapi dengan keberkatan yang dianugerahan oleh ALLAH s.w.t majlis tersebut dapat berlangsung dengan suasana yang ceria.Terima kasih kepada Imam Nikah Kampung Kanchong Darat,imam surau Darul Iman dan Pak Alang Juani ( saksi nikah )
Petang 28 APRIL 2012,sibuk melayan tetamu yang hadir yang kebanyakan terdiri dari rakan2 sekampung.
Pada malamnya.... lagi ramai yang hadirin termasuk Tuan Timbalan PPD Tuan Agos Salim dan famili.Juga Tn Hj. Basri  Abdullah dan famili ,juga En Mohd  Noor Leza serta keluarga.Beberapa orang staf dan guru dari skke ,skkd. TERIMA KASIH
Pada 29 April 2012 .... dari pagi hingga jam 6.00 petang,... fuh lenguh tangan bersalam.
Geng Wak rik memang dikagumi.Persembahan yang benar2 menghiburkan para tetamu dari jam 1030 hingga 400 petang.
KEPADA ahli2 keluarga,jiran2,ahli2 kariah,rakan2guru,rakan2 sekampung,rakan2 sepermainan dan para tetamu..... jutaan terima kasih kerana memeriahkan majlis di rumah hem skke........


Read more >>