Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

29 Januari, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 29 Jan 2011

BERMULA SEAWAL 7.30 pagi- jk pelaksana bagi program ini telah memulakan kerja mereka, masih gelap lagi tu.... .Sepatutnya di pagi hari Sabtu yang redup tu - bercuti bersama keluarga; apakan daya demi anak2 murid tercinta yang perlukan bimbingan sepenuhnya dari guru2.
KURSUS kepimpinan ini menggabungkan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah ,ketua kelas dan penolong ketua kelas;bagi memantapkan lagi keupayaan mereka dalam melakukan tugas harian mereka di sekolah.
Ceramah kepimpinan oleh EN MOHD HANIS amat memberi kesan kepada mereka.Terima kasih cikgu.
KEPADA SEMUA GURU yang menjayakan program ini; jutaan terima kasih diucapkan. Jasa baik tuan /puan hanya ALLAH sahaja yang akan membalasnya.
KEPADA GURU YANG X HADIR tanpa sebab pun cuma ALLAH jua yang akan membalasnya.
Read more >>

18 Januari, 2011

KALAU BERPACARAN - LAGU TEMA PMD

PMD bagi murid tahun 4,5 dan 6 kini bermula yang dikendalikan oleh Pn Norul Ain 'n' the gang ( guru tahun 4,5dan 6 )
18/01/11 untuk murid tahun 4 bermula di tapak perhimpunan harian dan berakhir di kantin sekolah.Lagu "Kalau berpacaran .... hari ini dan semalam" yang telah dibaik pulih senikatanya , meniti bibir-bibir murid tahun 4. PMD yang cukup ceria...- ice breaking , azam saya..

19/01/11 PMD untuk tahun 5 dan 6 yang kebanyakan berkisar tentang kisah2 seorang pelajar ( tidak lain tidak bukan tentang kemahiran belajar le... )
terima kasih buat Pn Norul 'Ain 'n' the gang.
Read more >>

10 Januari, 2011

TAKWIM MESYUARAT UNIT HEM 2011

MESYUARAT INDUK HEM telah diadakan pada Khamis minggu lalu - 06.01.11.Terima kasih kepada jk unit2 yang hadir,bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011.
Kepada S/U setiap unit HEM diharap dapat mempastikan surat jemputan dan agenda mesyuarat disediakan lebih awal.
Juga pastikan jika pada waktu yang sama,cikgu ada P&P,cikgu2 sediakan lampiran kerja untuk murid buat semasa ketiadaan cikgu .
1 Mesy. jk Disiplin dan Pengawas -13.01.11 khamis jam 1.00 ptg
2.mesy.jk B & K dan Pencegahan Dadah - 18.01.11 Selasa 1.00 ptg.
-maaf rancangan tergendala....
Read more >>

04 Januari, 2011

yang menangis ada.... yang lari pun ada.....

hari ni baru lah berpeluang untuk membelek blog ni..
SEMALAM... macam2 kerenah murid2 tahun 1 sesi 2011... ada yang selamba..ada yang takmahu lepaskan tangan mak.... ada yang masih memeluk kaki bapak.....
itu lah kenyataan ...... seronok melihat gelagat mereka.
ada makbapak yang sibuk memujuk... anak tak nak sekolah ... alahai.. macam2
Murid lelaki memakai tali leher ,segak,tampan ,bergaya... tersenyum panjang.... maklumlah hari pertama bersekolah dan memakai tali leher pulak tu .... ( pengawas2 dan ketua kelas2 - tak batak le.. )
2011 - tahun sejarah skjt - semua murid lelaki mamakai tali leher.
Read more >>

01 Januari, 2011

dah diperingatkan tetapi tidak peka .... pekak le tu

PADA 23.12.10 telah di peringatkan kepada ibubapa/penjaga murid tahun 1 untuk membawa anak2 mereka bagi menyertai program suaikenal dalam laman blog ni .Surat pemberitahuan juga telah ditampal kat papan putih ,tempat letak basikal;kat surau,kat masjid,diagihkan kepada ibubapa/penjaga murid Prasekolah skjt .Pn Hjh Zana dan rakan2 telah bersungguh2.. bekerjasama bagi menjayakan program tersebut. terima kasih puan..
Pn Norul pun dah tempah banner dan dipamerkan betul2 di pintu utama sekolah kjt. terima kasih puan....

MALANGnya ada juga ibubapa/penjaga yang tak tahu... kemudian telefon ke sekolah.... marah2 lak tu.... ini macam olang pun ale o...
lain kali telefon..... dan cakap le elok2... cuba lah permudahkan yang memang dah mudah..... ini tidak #@?#*** saje nak susah kan perkara yang mudah.....
*** gurubesar pulak yang dimarahnya..... hebat tu....
& cubalah jadi bapak yang prhatin demi kecemerlangan anak2 .... kalau dah tersilap@tersalah..
just mintak maaf.settle le... marah2 ape dapat..
bahasa jiwa bangsa - itu lah kata2 guru tatarakyat tahun 60an dulu. bahasa seseorang itu menunjukan keturunan orang nya .. masih kuingat lagi kata2mu cikguku
Read more >>

LAPORAN BULANAN -PONTENG SEKOLAH

Rakan2 guru skjt yang dihormati,
Bagi sesi persekolahan 2011 ni - lusa- anda akan diberi borang untuk melaporkan bilangan murid tuan/puan yang ponteng pada setiap bulan.Maka bertambahlah lagi tugas guru kelas.... ketua guru disp. dan pk hem....
sama /macam /seperti/ yang pernah dilaporkan - kendiri kantin,laporan denggi,warganegara dan bukan warganegara.... perlu dihantar pada atau sebelum 5hb pada setiap bulan. lagi cepat dilaporkan , lagi baik....
Kena bincang lah antara En Mohd Nazri dan guru2 kelas... dan kemudian akan diolah oleh Pn Fauziah....
-Jangan bimbang ... pk hem dah sediakan borang2 yang berkaitan bagi memudahkan semua pihak.
Sebagai guru disp... ( semua guru adalah guru disiplin- memang dah sedia maklum pun ) jadi bermula sesi persekolahan ni,tuan/puan akan dibekalkan satu borang salahlaku murid.
Tuan/puan akan catatkan murid2 yang melanggar peraturan sekolaH.Setiap hujung minggu - hari jumaat - tuan puan kena serahkan borang tersebut kepada pk hem untuk semakan...
KETERANGAN LANJUT AKAN DISAMPAIKAN PADA' MORNING PRAY' on 3RD JAN 2011.
Read more >>

eKASIH- pembantu tak membantu

Seramai 4 orang je murid skjt dapat bantuan KWAPM dan RMT bagi sesi 2011, katanya ambilan pertama... entah lah....
Sebelum ni seramai 63 orang murid yang dapat menjamu selera RMT di kantin..dan 55 0rang yang layak dapat rm 200. Macamana lah nak jawab rungutan parent ..... adik dapat,tetapi kakak tak dapat
Harap2 ibubapa/penjaga yang anak2 mereka dapat bantuan sebelum ni, dianugerahkan Allah kefahaman yang tinggi.. kalau tidak... penat lah .. alahai
sbt...... dah mati
KWAPM .... ikut tenggelam
RMT ...... pun macam nak mati

di Daerah Kuala Langat, cuma 81 orang murid yang layak mendapat bantuan RMT. Manakala yang mendapat Bantuan KWAPM .... 47 orang je
sk 15 buah sekolah , sjk c 1 buah, sjk t 4 buah... yang lain cuma lenguh key-in data eKasih je.

TINDAKAN PN HASLIZA....
MAKLUMKAN kepada pengusaha kantin agar menyediakan makanan tambahan untuk 4 orang je. terima kasih
Read more >>