Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

29 September, 2010

LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN SKJT







UNIT 3k - keselamatan; telah berjaya mengadakan latihan mengosongkan bangunan.Syabas kepada semua warga skjt kerana masa yang diambil untuk ke kawasan yang selamat kurang dari 3 minit.



Ada beberapa persediaan yang perlu dipertingkatkan - alat pemadam api yang" update"dan berfungsi; sistem loceng yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya;guru2 kena benar2 "alert"tentang keselamatan murid semasa mereka sedang berpusu2 menuju ke padang.... cuma 2,3 kerat je yang sambil lewa.... yang lain termasuk staf pejabat ...excellent.



Tak pe le..... esok pagi kita test lagi....makluman untuk En Faizil

dan En Roslizat-terima kasih...

TERGELAK ..... bila bunyi kentut lebih kuat daripada bunyi siren....
Read more >>

24 September, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SKJT






SEMALAM ;dari tengahari hingga ke malam ,beberapa orang guru sibuk menyediakan juadah sambutan hari raya untuk warga SKJT.Terima kasih kepada yang terlibat...
Seawal jam 830 pagi semua murid telah berkumpul di dewan.Riuh rendah dengan tawa riang. masing2 menggayakan pakaian yang cantik dan berbagai warna dan fesyen.Hari yang berbeza dari hari persekolahan biasa.Tersenyum lebar murid2 tahun 6.... UPSR dah dilalui dengan debaran.
Berbagai lagu raya dipersembahan oleh murid2 pra sekolah hingga lah murid tahun 6 dalam majlis sambutan pagi tadi..Betul-betul meriah..... hari raya lah .....
Tuan YDP PIBG dan beberapa orang ajk pibg turut sama merayakan hari raya...
Selain seronok melihat persembahan mereka;seronok juga melihat gelagat dan telatah murid2 beratur untuk mendapatkan ketupat segera dan kuah kacang.....
Guru besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat menjayakan majlis sambutan hari raya..
..SELAMAT HARI RAYA KEPADA WARGA SKJT
MAAF ZAHIR DAN BATIN.....
Read more >>

21 September, 2010

MENYEDIAKAN KERTAS LAPORAN BAGI SESUATU PROGRAM / AKTIVITI


MUKA DEPAN
Tulis...KERTAS LAPORAN PROGRAM........
NAMA PROGRAM / AKTIVITI

MUKA SETERUSNYA..
1. TAJUK
2. TUJUAN
..... PERKARA2 YANG HENDAK DIMAKLUMKAN:
3.NAMA PROGRAM / AKTIVITI
4. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung :
Penyelaras:
Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Pen.Setiausaha
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa :
5.OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI
6.TARIKH / TEMPAT / MASA
7.PESERTA
8.JADUAL PROGRAM / AKTIVITI
9.PENCERAMAH / FASILITATOR
10.PERBELANJAAN
a. makan minum
b.penceramah / fasilitator
c. Bahan
d.Lain-lain
11.Tetamu Kehormat - jika ada
12.Pemantau - jika ada
~jpn
~ppd
13 .PENUTUP
14. LAMPIRAN
~ gambar
~ nota
***
i. Laporkan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan.Jika bersiri,laporkan selepas selesai semua siri

Read more >>

UPSR oh.... UPSR

PADA 21 Sept 2010 bermulalah UPSR..
Selepas breakfast kat kantin,mereka menuju ke dewan peperiksaan dengan langkah gagah, langkah pejuang hebat diiringi oleh 'bisikan' semangat guru2 dan ibubapa masing2. Tuan Yang Di Pertua PIBG juga kelihatan 'menghembuskan mentera' semangat terakhir kepada calon2.
Terima kasih YDP ,tuan memang sangat perihatin terhadap skjt.
Anak2 murid ku .. kamu adalah harapan sekolah,guru2,ibubapa dan rakan2.. jadi buktikan lah.
Anda memang hebat!!
Read more >>

20 September, 2010

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN




Majlis pelancaran bulan kemerdekaan telah dilaksanakan pada 16 Ogos yang lalu.Manakala majlis penutup pada 17 September.Oleh kerana pada pagi tu hujan turun dengan lebatnya maka majlis tersebut ditangguhkan.


Sambutan majlis penutup diadakan pada pagi ini ( 20 September )... meriah betul....

Merdekalah katakan ..... apa taknya ,sepanjang bulan kemerdekaan, berbagai pertandingan diadakan,jadi banyak lah hadiah yang diraih oleh mereka.Tahniah.... tahniah !!!

yang tidak berjaya,jangan le putus asa. .. tahun depan cuba lagi ... k

Read more >>

08 September, 2010

selamat hari raya aidilfitri




WALAU LANGKAH TAK BERTEMU; TANGAN TAK BERJABAT;
UCAP TAK TERDENGAR; MATA TAK BERTATAP;
NAMUN IZINKAN SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF


jika kesilapan semalam belum terampun - maafkanlah ...

jika kesilapan hari ini menyakitkan hati - lupakan lah ...

jika kesilapan hari esok datang menghampir,janganlah dibawa ke akhir hayat



HIDUP INI INDAH JIKA ADA RASA YANG TERASA UNTUK MEMAAFKAN KETIKA MENYAMBUT
AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
Read more >>

03 September, 2010

SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK2 YATIM DAN MISKIN SKJT OLEH GURU2 DERMAWAN SERTA UNIT KEBAJIKAN








SERAMAI 52 orang anak2 yatim dan anak2 miskin skjtanjung telah mendapat sumbangan dari beberapa orang guru yang dermawan.Terima kasih kepada para dermawan..... keikhlasan anda membuat saya terharu.


Selain itu unit kebajikan juga telah mengagihkan sekampit beras dan wang raya kepada mereka yang layak menerima.










Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh tuan Guru besar Sk jalan tanjung.
- keceriaan terpancar di wajah anak2 yang menerima sumbangan...





Terima kasih Pn Alfiah dan rakan2 - unit kebajikan
Read more >>

01 September, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA




Pada 30 Ogos yang lalu jam 5 ptg telah berlangsung program amal kasih anjuran Green Agro World dan Karisma Anggun.Dalam majlis tersebut, seramai 83 murid skjt dijemput untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan hari raya dari pihak penganjur.

Selain dari itu , Guru Besar juga menerima sumbangan untuk pembinaan surau skjt sebanyak rm 500.Alhamdulillah. Begitulah..... ada juga golongan koporat dari masyarakat sekeliling yang benar2 perihatin terhadap anak2 miskin di skjt.Walau apapun sumbangan dari pihak Green Agro World dan Karisma Anggun benar2 menggembirakan anak2 skjt.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur.
Jasa mu dikenang.. kerana turut menyumbang demi membangunkan anak bangsa.
Read more >>