Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

23 November, 2011

TERIMA KASIH MALAYSIA

SALAM 1 MALAYSIA BUAT SEMUA
Berpusu-pusu ibubapa/penjaga menghadirkan diri di skke,maklumlah lah untuk mengambil wang pemberian bantuan persekolahan 2012.
Seramai 285 orang murid berhak mendapat bantuan tersebut sejumlah rm 100 per murid seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan.
Terima kasih yang teramat sangat kepada kepada guru2 yang telah mengorbankan cuti mereka untuk melaksanakan program ini.Staff skke memang hebat.... Kebetulan jamuan pengawas juga telah diprogramkan pada pagi ini. Sibuk macam hari persekolahan harian pulak.
Terima kasih dan syabas kepada jk pelaksana yang dilantik.Program berlangsung dengan lancar sekali.

Kepada ibubapa penjaga yang belum berkesempatan untuk mengambil wang tersebut diharap dapat datang ke skke dan berjumpa dengan gpk hem untuk urusan selanjutnya.
Read more >>

08 November, 2011

cadangan jkhem skke 2012

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 2012

PENGERUSI : PN ROSLINA BT OTHMAN
NAIB PENGERUSI : EN AZIZ BIN MD SAID
SETIAUSAHA : PN NORAZWIDA BT ABD SAMAT
NAIB SETIAUSAHA : CIK NORMIZA BT KUNHAHAMU

AHLI JAWATANKUASA

1 DISIPLIN : EN MOHAMAD SARIF BIN NAN
2 PENGAWAS : EN ROSLAN BIN SULAIMAN
3 KELAB PENCEGAHAN
JENAYAH : EN MOHAMAD REDZUAN BIN HASHIM
4 SPBT : PN SITI ROSELINA BT MOHD NASIR
5 KANTIN : PN SITI RAHAYU BT SHIRIN
6 RMT : CIK AKMAWATI BT ABDULLAH
7 KEBAJIKAN : PN ROHAIDAH BT ABD HALIT
8 KWAPM : CIK MARLIAANA BT ABD MUID
9 KEBERSIHAN : EN AMRAN BIN MISBAH
10 KESIHATAN : PN NOR SHAMILAH BT HJ TAIB
11 KESELAMATAN : EN CHE MOHD AZAM BIN CHE MUD
12 3K : PN LAILA KHAMSIAH BT HASSAN NUDIN
13 BIMBINGAN &
KAUNSELING : EN SAZALI B. AHMAD
14 SMM : CIK NORMIZA BT KUNHAHAMU
15 PENDAFTARAN THN 1 : PN RUZANAH BT JARKASI
16 PENEMPATAN TKT 1 : PN ZARAMAH BT SAARI
17 JADUAL KEDATANGAN : PN HONIMAH BT BANURI
18 RIMUP : PN RAAIMAH BT SUPARDI
19 ADUAN DISIPLIN : EN AHMAD SALEHUDDIN B SHAFIE
20 PENCEGAHAN DADAH : EN NORHISYAM BIN SEDEH
21 PS1M : PN FAUZIAH BT ABU
22 PV1M : PN SITI ASIAH BT TASLIM

BIDANG TUGAS

1 Merancangkan segala aktiviti yang berpusatkan murid demi keperluan dan kepentingan mereka.
2 Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar.
3 Semasa mesyuarat semua ahli jawatankuasa perlu hadir bagi membentang, membincangkan dan melaporkan perkara-perkara atau program yang akan atau yang telah dilaksanakan berkaitan hal ehwal murid.
Read more >>

23 Oktober, 2011

JOM KAYUH .....

Baru lah nak menyempatkan diri untuk memaparkan peristiwa ni..
Letih santai dibuatnya ....
Bermula jam 845 pagi 22 okt 2011,murid2 dan guru2 yang terlibat dengan program jom kayuh dari skke ke bagan lalang. Mengambil masa 2 jam ,peserta2 jom kayuh telah menjejakkan dua roda basikal mereka dipantai peranginan daerah sepang yang popular ini.
Mereka telah diiringi oleh defender dari JPAM dan beberapa anggota bermotor- terima kasih En Khanif ( kawan lama ),kereta Peronda PDRM dari tg sepat dan beberapa anggota bermotor... anggota RELA pun ada yang merelakan diri untuk sama membantu.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada tuan / puan.
Kepada Guru besar ,guru2,YDP PIBG,para2 suami atau isteri yang turut serta,ibubapa perihatin,pekerja2 swasta sekolah yang rajin gila,wak jaga... Kesemuanya memainkan peranan masing2.cukup indah kerjasama yang terjalin.
Cikgu Sarif dan rakan2 berpuas hati dengan peserta2 dibawah pengawasan mereka sewaktu pergi. Tempoh 2 jam dengan kayuhan santai penuh semangat. Cikgu Sazali lah yang paling santai menduduki tempat tercorot dan akhirnya lepak santai diatas bongo.... kah..kah... yang penting , semangat wak jali.
petang dan malam... beberapa program telah diaturkan untuk para peserta jom kayuh yang terdiri murid tahun 6 dan 5 ( 55 orang semuanya ).bermula dengan ceramah oleh ustaz ahmad - kebesaran dan kekuasaan ALLAH.Selepas makan malam, para peserta membuat persembahan mengikut kumpulan masing2.Kemudian tidur la ..
Bertolak pulang pada pukul 900 pagi 23 okt 2011 .Jom kayuh sewaktu pulang agak mencabar.... mungkin kepenatan semalam.Walau apapun syabas dan tahniah kepada semua yang akhirnya sampai di halaman skke pada jam 12.00 tghari.
TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan JOM KAYUH.

BUNYI PAHAT.. rasa keliru tentang status yang berada bersama di bilik yang didiami oleh guru lelaki.Cikgu Amran mungkin dapat menjelaskan apakah status 2 invaders tu... nak katakan peserta.... rasanya dah lebih umur... nak katakan pembantu ! tak nampak apa yang dibantunya.... yang pasti mereka telah membantu menyempitkan ruang bilik dan membantu menghabiskan boreh jo.. tak kasihan ke tengok cikgu Sazali terpaksa tidur2 kambing di kerusi 'rajin' kat luar bilik tu,cikgu sarif yang keletihan mengekot kat seat mece nya... tak peka cuma pekak...siapa pelukut?!!
Read more >>

20 Oktober, 2011

program pensiswazahan guru

Permohonan adalah ditawarkan kepada
-guru2 yang telah disahkan dalam jawatan
-mendapat sokongan daripada ketua jabatan
-berumur 47 tahun ke bawah dan bersara wajib 58tahun

KEPADA rakan2 guru yang rasanya layak... jangan berlengah lagi .... peluang terbuka luas untuk anda mensiswazahkan diri anda.Tempoh cuma 3tahun setengah hingga 4tahun je... secara pjj dan boleh pohon biasiswa.
UNTUK AMBILAN 2012.... PPG mensasarkan seramai 35,180 orang guru untuk disiswazahkan.
tuan,puan,encik,cik cukup beruntung... macam untungnya batu dapat timbul dari dasar laut.
Bidang pilihan adalah meneruskan opsyen atau mengikut mp yang diajar sekarang atau subjek yang ditawarkan.
PERMOHONAN SECARA `ONLINE' boleh dibuat bermula 17oktober sehingga 27 november 2011. klik je kat tajuk atas ni ....

Keterangan lanjut boleh diajukan ke talian berikut 03 88841091 / 1269 / 1270 /1273

Kalau lah peluang ni ada pada waktu umur 20-an dulu .... pastinya telah tergenggam bergulung2
ijazah...
YANG TIDAK DILAYAKKAN SEPERTI CIKGU KARIM..HJ YUSRI..,HJ ISKANDAR DAN LAIN2 YANG TERLEWAT TU...,BERILAH GALAKKAN DAN TIUPKAN SEMANGAT KEPADA RAKAN2 GURU YANG MUDA2 TU MACAM CIKGU SARIF,CIKGU AZAM DAN LAINNYA..

saya pun dah terlajak jugak ni macam cikgu karim,hj yusri dan hj iskandar...dan lain2 tu LA...
Read more >>

18 Oktober, 2011

LALUAN KHAS KE SBP

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH... yang patut disyukuri oleh anak miskin tegar di SKKE.
Anak-anak diberi peluang dengan lebih mudah ke SBP, 3A dan 2B pun boleh melayakkan anak-anak untuk ke tingkatan 1 di SBP 2012
Dari SKKE cuma ada 5 orang murid yang memohon.
SEMOGA BERJAYA

TERIMA KASIH PN.ZARAMAH...
anda banyak membantu anak2 tahun6 SKKE
Read more >>

10 Oktober, 2011

TAHNIAH ! TAHNIAH !

4 orang murid skke... telah menyertai sukan tahunan sk batu laut bagi acara jemputan 4 X100.
Memang hebat lah. MENANG PULAK TU
Read more >>

04 Oktober, 2011

siang kedua

AKHIRNYA siap juga kerja2 yang perlu dihantar ke ppd pada atau sebelum 5 hb setiap bulan.
JUTAAN TERIMA KASIH buat pn.guru besar skke,wak selamat,su hem,
penyelaras tahun 6,en .Sharif dan beberapa orang guru wanita yang membantu.Sememangnya di peringkat awal ni perlukan bantuan dari semua yang terlibat.
WAK SELAMAT tak selamat hari ni kerana tolong punggah folder..
folder depan mata tapi tak perasan ....
Read more >>

03 Oktober, 2011

jkm...o....jkm

DIMANA2 pun sama je..
jadual kedatangan murid( jkm ) tak dihantar ke pejabat,borang ponteng sekolah perlu diisi dan dihantar ke ppd pada @ sebelum 5 haribulan.Enrolmen Murid warganegara dan bukan warganegara juga perlu dihantar ke ppd pada @ sebelum 5 haribulan juga.Tugas hari pertama di skke ... kantoi.
Semasa di skjt semua tu telahku bereskan sebelum pk hem baru mula bertugas ....
SEBENARnya perkara ni mudah je... tetapi puak2 penyusah ni berada bersepah dimana2
WAHAI warga penjaga kelas di skke tolonglah.. saya merayu kepada anda agar pastikan jkm tu dah di kemaskini dan sentiasa berada di pejabat sebelum jam 900 pagi.
TOLONG LA YE..
Read more >>

siang pertama ...






10km jarak dari rumah ke skke ;lebih kurang 12minit melalui jalan 27 bonggol.

ok lah tu....

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan skke jadi tuan rumah. Sibuk jugak lah guru2 skke..

Sebagai penyambut tetamu, bertemu lagi dengan mantan2 gb..4orang semuanya.

Salah seorang yang disambut .. cikgu saidon ,gb skbusut baru;kawan sama2 posting 1982 di smksm.Tahniah.. jadi gb ko ya...

Berbagai pertunjukan diadakan semasa menyambut ketibaan Tuan PPD klgt; paluan kompang ,pertunjukan silat,tarian..sketsa zaman negeri melaka. wow kreatif juga lah guru2 dan murid2 skke ni



PERASAN PULAK SEOLAH2 SIANG PERTAMA KU DI SKKE DI SAMBUT.... PERASAN....
Read more >>

01 Oktober, 2011

PROGRAM TERAKHIR DI SKJT





Sepatutnya pk hem baru yang berjumpa dengan parents asnaf di surau skjt pagi tadi.

Guru besar ada perkara yang perlu dibereskan...


pk pentadbiran ada hal dan hadir agak lewat


Mantan pk hem yang ada .... ok,tak ada hal boleh saje.





RAMAI juga parent yang hadir bersama anak2 mereka..


sebab kami menjemput pegawai lzs banting.. Tn Hj Isa . Awalnya en Mat Hussain - Ketua operasi LZS cawangan banting


Tuan YDP PIBG , en halid juga hadir .Terima kasih tuan.





TERIMA KASIH kepada jk yang telah merancang dan melaksanakan.





TERIMA KASIH pn ain dan pn bushra and the gangs


Read more >>

30 September, 2011

SKJT dalam kenangan





















TANGGAL 1 Oktober bermula bertugas di SKKE ,sekolah yang ke 6 aku bertugas..
Dari Sungai (smk sungai manggis ) berhijrah pula ke laut ( smk batu laut ) kemudian bertugas di darat (sk kanchong darat ) berpindah pula ke bandar ( sk shah alam ) diikuti pula ke tanjung ( sk jalan tanjung ) dan akan bertugas di kampung (sk kampung endah )
Sungguh indah susunan perjalanan karier ku sebagai seorang guru.
Selamat tinggal skjt dan warganya ....
Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama tuan/puan/en/cik semasa saya di skjt.
Terima kasih kepada tuan guru besar .. En Mohd Sadali; walaupun baru dikenali .... tuan seorang yang penyabar dan senang bergurau.
Terima kasih kepada tuan hj hanib pk1.. banyak ilmu telah tuan curahkan kepada saya.
Terima kasih kepada pn jariah .. guru besar yang tak menjadi guru besar..banyak membantu buat relief sebelum saya tiba di sekolah
Terima kasih kepada pn mastura ... kerana sentiasa mengajar saya bagaimana nak tandatangan cek.. akhir2 ni dah lupa pekeliling
Terima kasih nyonya safrina .... hujung bulan memekakkan telinga saya minta kendiri2,borang ponteng sekolah,denggi dan enrolmen
Terima kasih pn ida ... tolong buatkan minit fail
Terima kasih wak roman kerana kari kambing mamak... sedaap..
Terima kasih wak yasin.. wak malik.. makwe guard.. kakak2 pekerja swasta.. abang2 potong rumput.
Terima kasih mama ju kecoh... akhir2 ni lagi kecoh.. ape kes ?
Terima kasih su dan pn su hem ... tolong bikin kertas kerja untuk hari kualiti hem... bincang sama pk hem baru
Terima kasih bebanyak noo kepada pn norul ain .... you salah seorang nadi skjt,jangan pindah bantu skjt kearah kecemerlangan ... you are the best
Terima kasih pn busra... jaga wang jumpa., jangan cicir lagi...
Terima kasih pn mazriana,pn ertati,pn azlili tanpa you all murid KWAPM tak dapat bantuan
Terimakasih pn shikhah.. pn anita ... nyamuk2 aedes takut dengan puan berdua.
Terima kasih en zamhari .... pengawas apa nak jadi ...kasi basuh lagi .
Terima kasih en nazri ... kalau i polis u apa .. pencuri.? Jeritan tuan memang mengasyikkan skjt
Terima kasih en jamil.. selamba je ... lambat datang selamba. ponteng kelas pun selamba .....
Terima kasih master hyper ego nik ... asyik nak kena puji je.. kalau boleh ponteng kelas pun nak dipuji..
Terima kasih en faizil ... jangan gelabah ... nanti sekolah terbakar.. buku jadual kedatangan pastikan sentiasa up date
Terima kasih pn hjh zana.. i takut bila u jeling.
Terima kasih pn yuhaida .. ayu ok ... i suka tengok u gelabah
Terima kasih pn norhayati ,tolong jaga kantin tu ya ... projek kata2 hikmat tu ... bincang dengan hem baru .
Terima kasih pn siti aminah ... pondok kancil spbt ... bincang dengan tuan gb.
Terima kasih pn hasliza ... rmt ...
Terima kasih ustaz azizul ... tolong settle bikin relief.
Terima kasih pn fatimah ... komputer lama kini dah baru... baru nak guna
Terima kasih cik jaswinder .. bantu pk hem sediakan senarai nama murid tahun 1 2012
Terima kasih kepada guru2 yang namanya tak tersebut..bukan ape2.. dah penat menaip ni
Terima kasih tauke kantin pn kamariah and the crews ... kiss and say goodbye
JASA BAIK TUAN /PUAN/ENCIK/CIK sentiasa di kenang

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
JANGAN DISIMPAN DIDALAM PETI BESI;
NANTI JARUM TU BERKARAT...,
KALAU PETI KAYU TAK PE.

MAAAF ZAHIR BATIN
Read more >>

28 September, 2011

bersama lelaki di skjt 2011




Read more >>

hanya dua hari lagi









PROGRAM terakhir di skjt adalah Motivasi keibubapaan Asnaf.Akan berlangsung di Surau SKJT.
Akan dirasmikan oleh pegawai dari LZS Banting ,En.Mohamad Hussain bin Sabar
DIHARAPkan ibubapa dan anak2 asnaf dapat hadir pada

1 OKT 2011 jam 8.00 pagi

Terima kasih Pn Norul Ain dan ajk pelaksana
Read more >>

23 September, 2011

rasa hati yang terasa - kawan lama






bersama bersalaman setelah lama tanpa sapaan.

usia wajahmu lebih tua dari usia tahunmu.

diharapkan senyuman itu akan berterusan hingga ke akhir pertemuan ....



gagah langkahmu tidak selemah dulu.

bahasa bibirmu hilang bersama angin lalu.

kawan lama......

baru ketemui.

mendendang lagu perit baru,

senikata mendayu yang layu.


jiwa ini sebak dan sayu....



sedetik sebelumnya,

kawan-kawan lama....

girang bersua muka,

banyak bahasa untuk dinyata,

berita lama waktu bersama,

lunak gelak tawa.



kekawan lama....

telah lama berkawan ........


disisi kiri ini ada rasa yang terasa tergenang airmata...



21 sept skke kali pertama
Read more >>

15 September, 2011

MERDEKA ! MERDEKA!

MELOMPAT girang murid2 tahun 6 setelah tamatnya UPSR pagi tadi.Legalah tu....

MINGGU DEPAN .. pada19 Sept - Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan.
SEJAK hari Selasa yang lepas Cikgu Nazri( head of chef ) dah sibuk menyusun periuk,dapur dan tong gas bagi persiapan sambutan tersebut.
ITU LE HEBATNYA warga skjt .... program yang dilaksanakan secara sinuman/gejobos... pengalaman yang akan menjadi kenangan manis ku bersama skjt yang akan terpahat dalam senarai STATION perjalanan ku sebagai seorang pendidik.....
AKU AKAN PULANG KE KAMPUNG .....
Read more >>

TAKLIMAT BANTUAN KWAPM BAGI SESI 2012

BERMULA pada jam 830 pagi di bilik mesyuarat di PPD KLgt.Terdiri dari gpk HEM dan guru penyelaras KWAPM sk dan smk yang terlibat.
  Diharapkan ibubapa yang memohon untuk mendapat KWAPM ni dapat memberikan kerjasama dan jujur dan tulus untuk mendapat pulus kerajaan.Biarlah yang benar2 layak/miskin yang memohon.
Guru Penyelaras KWAPM sebolehnya memanggil PARENTS ,beri taklimat serta mengisi borang permohonan KWAPM secepat mungkin agar memberi laluan kepada ajk KWAPM bermesyuarat dan membuat pilihan murid yang benar2 layak ( jika perlu buat tinjauan dari rumah ke rumah) .. dah macam p eninjau pulak...

Senarai nama murid yang layak perlu dihantar ke PPD pada awal FEB 2012 .... Borang Baru tu
Read more >>

RAYUAN KE TINGKATAN 1 SESI 2012

KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA murid- murid tahun 6 sesi 2011 yang rasanya ingin membuat rayuan penempatan untukanak2 mereka,boleh le berbuat demikian dari 15 SEPT hingga 30 SEPT.
WALAU bagaimanapun adalah digalakkan agar borang rayuan tersebut dapat dihantar seawal yang boleh..
BORANG RAYUAN boleh diperolehi daripada Pn.Yuhaida

SETELAH DIISI DENGAN LENGKAP TOLONG SERAHKAN KEPADA GURU KELAS TAHUN 6 MASING2.
INGAT ~~ borang yang tidak lengkap dan lewat... tidak akan dilayan.


TERIMA KASIH PN. YUHAIDA DAN GURU
KELAS TAHUN 6 -2011
Read more >>

19 Ogos, 2011

GURU DAN STAFF SKJT 2011



Read more >>

02 Ogos, 2011

PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN 1 SESI 2012

DIMAKLUMkan bahawa ibubapa/penjaga murid tahun 6 skjt dikehendaki mengisi borang permohonan penempatan murid ke tingkatan satu.

setelah diisi... borang tersebut hendaklah diserahkan kepada guru2 kelas masing2


selewat2nya pada atau sebelum 09 OGOS 2011

Read more >>

PENGESAHAN BAGI MURID TAHUN 1 SESI 2012

Ibubapa/penjaga murid tahun 1 bagi sesi 2012 - yang telah memohon bersekolah di skjt boleh lah membuat pengesahan... bermula


01 ogos hingga 30 ogos 2011

diharapkan semua ibubapa/penjaga sedia maklum... pengesahan ini dibuat dikaunter pejabat pada waktu pejabat sahaja . TERIMA KASIH
Read more >>

18 Julai, 2011

MINGGU PUSAT SUMBER 2011

BERMULA 18 Julai 2011, minggu pusat sumber dilancarkan oleh GPK Kurikulum.
Berbagai acara disediakan untuk murid2 skjt termasuk murid Prasekolah... seperti bercerita,speed reading,kuiz,melukis poster dan sebagainya.Tahniah kepada guru2 pusat sumber skjt dan juga guru2 yang diberi tugas bagi melancarkan program yang berakhir pada 27 julai 2011.

SYABAS..... Pn Fatimah dan Pn Suhaila
Read more >>

BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT

Pada malam Sabtu yang lepas ,majlis bacaan Yaasin dan solat hajat bagi murid tahun 6 telah diadakan di surau skjt.Terima kasih kepada ajk pelaksana yang menjayakan program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Tahun 6.
KEPADA YANG HADIR...... anda adalah guru yang bertanggungjawab bagi memastikan murid dan skjt sentiasa cemerlang.SYABAS DAN TERIMA KASIH.
Read more >>

04 Julai, 2011

KURSUS ..OH KURSUS...

1. 5JULAI 2011 - kursus pengaktifan Program Bebas Denggi Di Sekolah
BiILIK MESYUARAT SK KANCHONG TENGAH
mAsa 830 pagi hingga 1.00 ptg

2. 6JULAI 2011 - kursus Pening.. katan Keselamatan Makanan Di Sekolah
Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
DEWAN AL JAZARI,SM TEKNIK SEPANG,DENGKIL

masa 830 pagi hinga 1.30 ptg
Read more >>

PS1M TERTANGGUH LAGI ....... ?

Baru saja dapat menikmati Susu 1 m beberapa minggu yang lalu,kini ditangguh lagi.Penat menjawab pertanyaan murid tentang susu ni.
Entah apalah masalah nya .. sekejap ada ... sekejap tiada .... dulu untuk iklan biskut; kini untuk iklan SUSU 1M.
Begitu lah bila melaksanakan dasar transformasi.. Dasar tu ok,cuma pelaksananya yang lupa tentang apa yang diwar2kan.
sekejap ada ... sekejap tiada ... macam susu 1 malaysia
Read more >>

24 Jun, 2011

SUSU PS1M

Cikgu2 Susu ,Pn Anita dan Pn Kz telah awal2 lagi menghidangkan kotak2 susu di meja kantin sekolah.Pengagihan telah dibuat dengan tersusun seperti yang dirancangkan.Juga dibantu oleh rakan sekerja " cleaner " yang diketuai oleh wak yasin, bagi memastikan kotak2 susu kosong tersimpan rapi dalam plastik hitam yang tersedia.
TERIMA KASIH kepada yang terlibat bagi melancarkan program ini.....
Read more >>

21 Jun, 2011

SAMPAI PUN.......

SUSU 1 MALAYSIA ..... baru je sampai ..
KEHADIRAN yang dinanti2kan telah tiba .Sebanyak 60 kartun iaitu 144o kotak susu berperisa coklat.
Kesian juga kepada yang menghantar ,1.35 ptg baru tiba di sekolah.Cikgu susu pun dah beredar balik ke rumah.Walau apapun terima kasih kepada Pn Anita kerana sudi datang menguruskan susu2 tersebut- beliau dah sampai ke rumah pada waktu susu2 tu dihantar.
ITU lah pengorbanan guru ... baru nak menyuap nasi untuk makan tengahari bersama keluarga, terpaksa ke sekolah semula untuk menguruskan susu.
Orang yang arif saje yang tahu tentang tugas yang dipikul oleh guru......
TAPI ramai orang buta yang di luar sana yang mencemuh golongan pendidik bangsa... Dah le buta sombong pulak bila ditolong pimpin.. buta...buta...

BUTA DALAM CELIK
BUTA HATI... BUTA PERASAAN.....
Read more >>

MANA SUSUNYA....? PS1M

SUSU HAI SUSU...SUSU 1 MALAYSIA...
Bilik khas untuk menempatan susu 1M dah lama disediakan .Surat pemberitahuan tarikh pengagihan susu mulai 13 Jun .... sehingga sekarang tak wujud lagi.
Dengar khabarnya murid2 beberapa buah sekolah di Selandar Melaka,keracunan kerana minum susu 1M ni pada 17 Jun lalu.
Kalau dapat pun susu 1M ni.... cuak juga rasanya nak agihkan kepada murid2.Murid2 kampung ....tiada yang minum susu coklat ( apatah lagi perisa strawberi ) pada awal pagi... kena habiskan sekotak pulak tu...
Musim panas ni kalau susu tu pekena dengan ais dan minum pada jam 12 tengahari ... sebelum balik sekolah .... enak jugak tu

Pn.KZ tak sabar2 nak lihat susu-susu di bawah seliaannya tu
Read more >>

20 Jun, 2011

BERSAMA ANAK2 ASNAF

PADA 14 Jun yang lalu ,anak2 asnaf tahun 1,2,3 dan 4 telah mengikuti program lawatan ke sekitar Shah Alam.
Read more >>

17 Jun, 2011

KEJAP ADA .....

Sejak sesi penggal 2 2011 bermula ,belum ada peluang nak "bloging".Macam2 perkara berlaku sepanjang minggu pertama sesi ni ...
Latihan sukan untuk Sukan Tahunan 2011 sedang giat berlangsung sejak selasa 14 jun sebelum rehat. sehingga lah 24 jun ni.
Pada 21 jun -sukan mini akan diadakan.Sukan Tahunan pada 26 jun
Kebetulan pada minggu ni dan minggu depan,peperiksaan gigi oleh Jabatan Kesihatan Daerah.
Bertambah sibuk bila unit Kebajikan telah membawa anak2 Asnaf tahun 1,2,3 dan 4 melawat kilang coklat,kilang roti dan muzium negeri selangor. Terima kasih kepada Pn Norul Ain,Pn Bushra dan Cikgu Zulaikha yang sibuk melayan anak2 asnaf semasa program lawatan tersebut
... anak asnaf yang sangat melucukan; membawa seluar gantian ke mana saja dia pergi.
.... ada yang muntah bila naik bas dan membersihkan setiap kali sampai ke destinasi lawatan.
Read more >>

27 Mei, 2011

MASIH ADA YANG LEWAT

PENDAFTARAN TAHUN 1 bagi sesi 2012/2013 telah berakhir pada 30 APRIL 2011.
Walau bagaimanapun pihak sekolah masih menerima permohonan pendaftaran tersebut. Ibubapa/ penjaga boleh juga melayari laman web
http://www.didik.my/esppsel.

TUAN2 PUAN2 gpk hem perlu teliti tentang SPI bil.14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.
Jika tarikh lahir murid pada 1.1.2005 ,ini bermakna murid tersebut telah berada di Tahun 1 pada sesi pesekolahan 2011
Read more >>

23 Mei, 2011

HARI INI BERMULA LAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN bermula pada pagi ini serentak di semua sekolah rendah di daerah Kuala Langat.

SEMOGA MAJU JAYA
Read more >>

09 Mei, 2011

MANTAN GURU BESAR....





Anak kera dekat perigi... rupa2nya tuan masih ingat lagi....
Terima kasih kepada mantan gb.. Cikgu Nadzri kerana masih dapat meluangkan masa bertemu dengan kami di skjt.
Begitu lah sayangnya anak2 skjt kepada tuan,.. berderai air mata mengiringi tuan ke sksj.
KENANGAN MENGUSIK JIWA ......
Read more >>

TERIMA KASIH ......





MAJLIS penyampaian hadiah sempena minggu hem telah dilaksanakan oleh Tn Guru Besar.
Para rakan guru adalah diharapkan agar murid-murid sayang dengan ucapan " terima kasih ",
dengan semua orang.
DI SAMPING itu saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid kerana telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan MINGGU HEM..

terima kasih sekali lagi ... terima kasih berkali-kali
Read more >>

28 April, 2011

SENANG DAN SEDAP




TERIMA KASIH kepada pengusaha kantin SKJT, Pn Kamariah..


Sungguh lazat SANDWICH yang dihidangkan kepada murid2 tu ya.... RESEPI turun temurun kini diturunkan kepada 230 orang murid- tahun4 & tahun 5 dalam demo makanan senang,cepat,berkhasiat .Memang sedap dan lazat.
" Wak kantin ! Sayapun boleh buat..,senang je....." jerit anak murid terbaik cikgu KZ dari bangku belakang sekali... tanpa sedar jeritan itu telah menggamit jelingan tajam menyinga cikgu NIK.
MINGGU HEM....hemmm... macam2 ada.
Read more >>

DARI 25 HINGGA 29.....


PELBAGAI aktiviti mewarnai minggu HEM. Sales oleh BKS- dengan juadah buah2an dan makanan lazat - makanan yang tak ada kat kantin. Pameran dari Unit Kantin & RMT tentang makanan.Kuiz kesihatan.... Kuiz kerjaya.Ceramah polis,Demo gosok gigi,basuh tangan dengan betul.Ceramah kesihatan.Demo menyediakan makanan segera lagi berkhasiat - sandwich..SEDAP lagi..
Demo pakcik bomba...
ADA hadiah disediakan bagi peraduan mewarna,bikin poster keselamatan,tulisan cantik.
Read more >>

BANYAKnya buku

TEPAT jam 815, 27 April 2011 ;rombongan ke pameran buku di KL pun bermula.Murid2 yang penuh semangat dan harapan,diiringi oleh Pn Ain,En Hanis,En.Zuhairi dan Pn Azimah.
Read more >>

indahnya water


KEBETULAN dalam sibuk2 menjayakan minggu HEM.. indah water pun nak tumpang semangkuk.
Pada jam 940 pagi 2 buah lori tangki indah water terjongol kat skjt.Murid sibuk makan kat kantin... indah water pun sibuk nak sedut.Mintak tangguhkan ke pukul 1030 pagi - lepas rehat, permohonan penangguhan ditolak.Lebih kurang jam 1015 ,operasi menyedut pun dilaksanakan...
di belakang kantin sekolah pulak tu.
INDAH YANG TAK MENGENDAHKAN........ mengganggu jugak la....
Read more >>

PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 6




ADA murid yang tersenyum,ada murid yang riang.. dan tidak kurang ada yang sedih dan takut .. tetapi tidak ada yang menangis.Itu lah telatah murid tahun 1 yang telah diberikan suntikan oleh pegawai2 kesihatan dari pelabat Telok Datok.Lawatan pemeriksaan kesihatan oleh jabatan kesihatan Telok Datok telah sama2 menjayakan Minggu HEM. TAHNIAH kepada Ustaz Roslizat dan Pn Norita - SU dan PN.SU.HEM 2011. Terima kasih kepada yang menjayakan nya.
Read more >>

TANGAN BERSIH ... MURID SIHAT





TERIMA KASIH KEPADA KELAB DOKTOR MUDA
Dengan bantuan 10 orang ahli kelab doktor muda skjt.... program basuh tangan dengan betul telah dapat dijayakan.Fokus kepada murid PRA,Tahun 1 dan Tahun 2.
Pn Suhaila telah memberikan taklimat khas kepada murid2 yang terlibat.
Read more >>

27 April, 2011

"ASSALAMUALAIKUM NURSE"



UCAPAN SALAM dari murid2 PRASEKOLAH SKJT kepada pegawai2 pergigian dari Pejabat kesihatan Daerah Kuala Langat;menyumbang senyuman meleret oleh pegawai 2 tersebut. Manakala guru 2 Pra pula ketawa kecil melihat telatah anak2 murid yang keletah tu...
" gosok gigi dari atas ke bawah jangan dari kiri kanan "
Terima kasih puan2 pergigian daerah.
Read more >>

PEMAKANAN SIHAT- elak obesiti




PAGI ni En Norhisyam b. Abd Rahman - pegawai berkaitan pemakanan dari pejabat kesihatan daerah telah berbesar hati untuk memberikan ceramah kepada murid tahap 2 skjt.Beliau seorang yang pemurah... setiap soalan yang dijawab betul oleh murid,pasti murid tersebut dapat hadiah.
SUKA BETUL LAH MURID2NYA. terima kasih tuan atas sokongan tuan pada minggu HEM 2011 sk jalan tanjung. JULUNG kalinya diadakan
Read more >>

"KALAU SEKOLAH TERBAKAR... KERAJAAN BOLEH BINA SEMULA;KALAU MURID YANG TERBAKAR..macamana cikgu?"





TERGAMAM juga saya dibuatnya bila En Malik -pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Langat mengajukan pertanyaan.
" Apa yang cikgu2 buat ni dah betul la.....,sebab dah buat beberapa latihan fire drill untuk murid sekolah ni.."
Semalam 26/4/2011 hari kedua minggu HEM - Pihak bomba telah dipanggil untuk memantau alat pemadam api,hose line dan latihan kebakaran ( loceng gila ).Murid2 dan semua warga skjt dapat berkumpul di tempat selamat dalam masa kurang dari 4 minit. TAHNIAH .....
TERIMA KASIH PAKCIK2 BOMBA....
Jasa dan tunjuk ajar tuan2 akan sentiasa tersemat di jiwa kami.
Read more >>

25 April, 2011

PELANCARAN MINGGU HEM 25 April - 29 April 2011




PELANCARAN MINGGU HEM telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar baru iaitu En Mohd Sadeli bin Zainudin.Beliau telah merasmikan MINGGU HEM dengan memukul gong sebanyak 3 kali.
Program sulung selepas pelancaran adalah ceramah dari pihak polis - Ketua Balai Polis Telok Panglima Garang.Terima kasih kepada yang terlibat dalam melaksanakan majlis pelancaran tersebut.Terima kasih kepada s/u hem - En Mohd Roslizat dan penolong s/u-Pn Norita
Read more >>

17 April, 2011

SUSU 1 MALAYSIA


KHAMIS lalu .... tertinggal bas untuk ke PPD Hulu Langat. Walaupun ada kawan pk yang nak suruh dreber bas tu tunggu kat smkb.Terima kasih pada tuan yang budiman tu.. Pada hari tu ,cuma gantikan GB bagi menghadiri taklimat SuSu 1M. Bertambah lah tugas PK hem dan Skuad SuSu nya.Terima kasih Pn Anita.
Read more >>

SUSAH... SUSAH


KINI BARU LAH DAPAT menyambung semula blog ni,.. Banyak peristiwa/perkara yang telah tertinggal... tidak dapat nak di luahkan dalam blog ni. Kemudahan untuk belayar tiada.... terpaksa le pergi ke kopitiam . SUSAH.... susah.. Tuan gurubesar skjt telah diarahkan berpindah ke sksj ..... bukan jauh pindahnya... macam tak pindah je .... tetapi apakan daya arahan perlu dipatuhi walaupun arahan yang tak munasabah langsung.Selesai je menunaikan umrah di Tanah Suci,beliau dipindahkan.... tentu ada hikmah di sebalik perpindahan itu.Sabar lah wahai mantan GB SKJT.,, GPK KOku skjt pun terpaksa menolak kenaikkan pangkat jadi GB... dga34.... yang tentunya ditunggu2 oleh PPPLD DGA 32.Tak jadi GB pun tak apa asal dapat DGA34.... boleh ke gitu. Terpaksa tolak kenaikkan pangkat tu... siapa lah orang yang normal yang menaikkan pangkat kawan saya tu...kesian betul , jauh tu..Di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Selangor. Bayangkan dari Kuala Langat ke Kuala Selangor.... Kat Kuala Langat pun akan ada GB yang pencen dalam masa terdekat ni.... apa le salahnya kenaikan tu di tangguhkan beberapa hari sehingga si GB tu pencen... boleh ke gitu .Siapa lah orang yang normal yang macam tak normal.. SUSAH...... SUSAH
Read more >>

28 Februari, 2011

PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK2 TAHUN KELAHIRAN 2005 DAN 2006 KE TAHUN 1 SESI 2012 DAN 2013

Dengan hormatnya dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang terlibat bagi memastikan dapat berbuat demikian secepat yang boleh.Pendaftaran boleh dilakukan mulai
01 mac 2011 hingga 30 april 2011
sehubungan dengan itu tuan/puan diharapkan dapat membuat permohonan tersebut di pejabat SKJT pada hari ISNIN HINGGA JUMAAT - waktu pejabat 8am - 4pm.
Sila bawa bersama :
1 Sijil kelahiran atau sijil anak angkat - 1 salinan
2 Bukti Alamat tempat tinggal - Bil Elektrik/air - 1 salian
3 Kad Pengenalan Ibu dan bapa / penjaga - 1 salinan
4 Sampul Surat putih saiz 4 x 9 dan setem 60 sen
Tuan puan juga boleh memohon dengan melayari laman sesawang
http://www.moe.gov.my/jpnselangor kemudian perlu membuat perakuan permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama dokumen asal seperti dalam senarai semak cetakan penyata maklumat permohonan.
HARAP MAKLUM - lagi cepat urusan ini dibuat.. lagi baik ... dan pihak sekolah sedia membantu jika ada kesulitan dengan menghubungi en aziz pada talian
019 602 2575
Read more >>

watikah perlantikan pengawas sekolah,ketua dan penolong ketua darjah serta pengawas PSS

majlis penyampaian watikah kepada pengawas sekolah,ketua dan penolong ketua darjah serta pengawas PSS telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar SKJT pada perhimpunan mingguan pagi tadi.Majlis berjalan lancar dan tersusun.
terima kasih kepada unit disiplin dan unit B&K serta dibantu oleh ajk pelaksana program tersebut. TAHNIAH kepada murid2 yang menerima watikah tersebut.
Read more >>

08 Februari, 2011

Ahh...... leganya....

Begitulah luahan rasa dari parents skjt bila mengetahui anak2 mereka layak menerima KWAPM dan RMT bagi tahun 2011 berdasarkan DSA - Data Sedia Ada. Kalau melalui sistem eKASIH ....... meloponglah mereka... penat isi data je...habuk pun tarak....

Pentadbir sekolah dan YDP PIBG pun rasa lapang dada.... ,tak perlu lah berbuih mulut menjelaskan kepada parents mengapa anak2 mereka tak dapat bantuan pada tahun ni sedangkan tahun2 sebelumnya mereka layak..... ALHAMDULILLAH.

Senarai nama murid yang layak akan di nyatakan di bawah ni.....
Read more >>

29 Januari, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 29 Jan 2011

BERMULA SEAWAL 7.30 pagi- jk pelaksana bagi program ini telah memulakan kerja mereka, masih gelap lagi tu.... .Sepatutnya di pagi hari Sabtu yang redup tu - bercuti bersama keluarga; apakan daya demi anak2 murid tercinta yang perlukan bimbingan sepenuhnya dari guru2.
KURSUS kepimpinan ini menggabungkan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah ,ketua kelas dan penolong ketua kelas;bagi memantapkan lagi keupayaan mereka dalam melakukan tugas harian mereka di sekolah.
Ceramah kepimpinan oleh EN MOHD HANIS amat memberi kesan kepada mereka.Terima kasih cikgu.
KEPADA SEMUA GURU yang menjayakan program ini; jutaan terima kasih diucapkan. Jasa baik tuan /puan hanya ALLAH sahaja yang akan membalasnya.
KEPADA GURU YANG X HADIR tanpa sebab pun cuma ALLAH jua yang akan membalasnya.
Read more >>

18 Januari, 2011

KALAU BERPACARAN - LAGU TEMA PMD

PMD bagi murid tahun 4,5 dan 6 kini bermula yang dikendalikan oleh Pn Norul Ain 'n' the gang ( guru tahun 4,5dan 6 )
18/01/11 untuk murid tahun 4 bermula di tapak perhimpunan harian dan berakhir di kantin sekolah.Lagu "Kalau berpacaran .... hari ini dan semalam" yang telah dibaik pulih senikatanya , meniti bibir-bibir murid tahun 4. PMD yang cukup ceria...- ice breaking , azam saya..

19/01/11 PMD untuk tahun 5 dan 6 yang kebanyakan berkisar tentang kisah2 seorang pelajar ( tidak lain tidak bukan tentang kemahiran belajar le... )
terima kasih buat Pn Norul 'Ain 'n' the gang.
Read more >>

10 Januari, 2011

TAKWIM MESYUARAT UNIT HEM 2011

MESYUARAT INDUK HEM telah diadakan pada Khamis minggu lalu - 06.01.11.Terima kasih kepada jk unit2 yang hadir,bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011.
Kepada S/U setiap unit HEM diharap dapat mempastikan surat jemputan dan agenda mesyuarat disediakan lebih awal.
Juga pastikan jika pada waktu yang sama,cikgu ada P&P,cikgu2 sediakan lampiran kerja untuk murid buat semasa ketiadaan cikgu .
1 Mesy. jk Disiplin dan Pengawas -13.01.11 khamis jam 1.00 ptg
2.mesy.jk B & K dan Pencegahan Dadah - 18.01.11 Selasa 1.00 ptg.
-maaf rancangan tergendala....
Read more >>

04 Januari, 2011

yang menangis ada.... yang lari pun ada.....

hari ni baru lah berpeluang untuk membelek blog ni..
SEMALAM... macam2 kerenah murid2 tahun 1 sesi 2011... ada yang selamba..ada yang takmahu lepaskan tangan mak.... ada yang masih memeluk kaki bapak.....
itu lah kenyataan ...... seronok melihat gelagat mereka.
ada makbapak yang sibuk memujuk... anak tak nak sekolah ... alahai.. macam2
Murid lelaki memakai tali leher ,segak,tampan ,bergaya... tersenyum panjang.... maklumlah hari pertama bersekolah dan memakai tali leher pulak tu .... ( pengawas2 dan ketua kelas2 - tak batak le.. )
2011 - tahun sejarah skjt - semua murid lelaki mamakai tali leher.
Read more >>

01 Januari, 2011

dah diperingatkan tetapi tidak peka .... pekak le tu

PADA 23.12.10 telah di peringatkan kepada ibubapa/penjaga murid tahun 1 untuk membawa anak2 mereka bagi menyertai program suaikenal dalam laman blog ni .Surat pemberitahuan juga telah ditampal kat papan putih ,tempat letak basikal;kat surau,kat masjid,diagihkan kepada ibubapa/penjaga murid Prasekolah skjt .Pn Hjh Zana dan rakan2 telah bersungguh2.. bekerjasama bagi menjayakan program tersebut. terima kasih puan..
Pn Norul pun dah tempah banner dan dipamerkan betul2 di pintu utama sekolah kjt. terima kasih puan....

MALANGnya ada juga ibubapa/penjaga yang tak tahu... kemudian telefon ke sekolah.... marah2 lak tu.... ini macam olang pun ale o...
lain kali telefon..... dan cakap le elok2... cuba lah permudahkan yang memang dah mudah..... ini tidak #@?#*** saje nak susah kan perkara yang mudah.....
*** gurubesar pulak yang dimarahnya..... hebat tu....
& cubalah jadi bapak yang prhatin demi kecemerlangan anak2 .... kalau dah tersilap@tersalah..
just mintak maaf.settle le... marah2 ape dapat..
bahasa jiwa bangsa - itu lah kata2 guru tatarakyat tahun 60an dulu. bahasa seseorang itu menunjukan keturunan orang nya .. masih kuingat lagi kata2mu cikguku
Read more >>

LAPORAN BULANAN -PONTENG SEKOLAH

Rakan2 guru skjt yang dihormati,
Bagi sesi persekolahan 2011 ni - lusa- anda akan diberi borang untuk melaporkan bilangan murid tuan/puan yang ponteng pada setiap bulan.Maka bertambahlah lagi tugas guru kelas.... ketua guru disp. dan pk hem....
sama /macam /seperti/ yang pernah dilaporkan - kendiri kantin,laporan denggi,warganegara dan bukan warganegara.... perlu dihantar pada atau sebelum 5hb pada setiap bulan. lagi cepat dilaporkan , lagi baik....
Kena bincang lah antara En Mohd Nazri dan guru2 kelas... dan kemudian akan diolah oleh Pn Fauziah....
-Jangan bimbang ... pk hem dah sediakan borang2 yang berkaitan bagi memudahkan semua pihak.
Sebagai guru disp... ( semua guru adalah guru disiplin- memang dah sedia maklum pun ) jadi bermula sesi persekolahan ni,tuan/puan akan dibekalkan satu borang salahlaku murid.
Tuan/puan akan catatkan murid2 yang melanggar peraturan sekolaH.Setiap hujung minggu - hari jumaat - tuan puan kena serahkan borang tersebut kepada pk hem untuk semakan...
KETERANGAN LANJUT AKAN DISAMPAIKAN PADA' MORNING PRAY' on 3RD JAN 2011.
Read more >>

eKASIH- pembantu tak membantu

Seramai 4 orang je murid skjt dapat bantuan KWAPM dan RMT bagi sesi 2011, katanya ambilan pertama... entah lah....
Sebelum ni seramai 63 orang murid yang dapat menjamu selera RMT di kantin..dan 55 0rang yang layak dapat rm 200. Macamana lah nak jawab rungutan parent ..... adik dapat,tetapi kakak tak dapat
Harap2 ibubapa/penjaga yang anak2 mereka dapat bantuan sebelum ni, dianugerahkan Allah kefahaman yang tinggi.. kalau tidak... penat lah .. alahai
sbt...... dah mati
KWAPM .... ikut tenggelam
RMT ...... pun macam nak mati

di Daerah Kuala Langat, cuma 81 orang murid yang layak mendapat bantuan RMT. Manakala yang mendapat Bantuan KWAPM .... 47 orang je
sk 15 buah sekolah , sjk c 1 buah, sjk t 4 buah... yang lain cuma lenguh key-in data eKasih je.

TINDAKAN PN HASLIZA....
MAKLUMKAN kepada pengusaha kantin agar menyediakan makanan tambahan untuk 4 orang je. terima kasih
Read more >>