Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

23 Oktober, 2011

JOM KAYUH .....

Baru lah nak menyempatkan diri untuk memaparkan peristiwa ni..
Letih santai dibuatnya ....
Bermula jam 845 pagi 22 okt 2011,murid2 dan guru2 yang terlibat dengan program jom kayuh dari skke ke bagan lalang. Mengambil masa 2 jam ,peserta2 jom kayuh telah menjejakkan dua roda basikal mereka dipantai peranginan daerah sepang yang popular ini.
Mereka telah diiringi oleh defender dari JPAM dan beberapa anggota bermotor- terima kasih En Khanif ( kawan lama ),kereta Peronda PDRM dari tg sepat dan beberapa anggota bermotor... anggota RELA pun ada yang merelakan diri untuk sama membantu.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada tuan / puan.
Kepada Guru besar ,guru2,YDP PIBG,para2 suami atau isteri yang turut serta,ibubapa perihatin,pekerja2 swasta sekolah yang rajin gila,wak jaga... Kesemuanya memainkan peranan masing2.cukup indah kerjasama yang terjalin.
Cikgu Sarif dan rakan2 berpuas hati dengan peserta2 dibawah pengawasan mereka sewaktu pergi. Tempoh 2 jam dengan kayuhan santai penuh semangat. Cikgu Sazali lah yang paling santai menduduki tempat tercorot dan akhirnya lepak santai diatas bongo.... kah..kah... yang penting , semangat wak jali.
petang dan malam... beberapa program telah diaturkan untuk para peserta jom kayuh yang terdiri murid tahun 6 dan 5 ( 55 orang semuanya ).bermula dengan ceramah oleh ustaz ahmad - kebesaran dan kekuasaan ALLAH.Selepas makan malam, para peserta membuat persembahan mengikut kumpulan masing2.Kemudian tidur la ..
Bertolak pulang pada pukul 900 pagi 23 okt 2011 .Jom kayuh sewaktu pulang agak mencabar.... mungkin kepenatan semalam.Walau apapun syabas dan tahniah kepada semua yang akhirnya sampai di halaman skke pada jam 12.00 tghari.
TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan JOM KAYUH.

BUNYI PAHAT.. rasa keliru tentang status yang berada bersama di bilik yang didiami oleh guru lelaki.Cikgu Amran mungkin dapat menjelaskan apakah status 2 invaders tu... nak katakan peserta.... rasanya dah lebih umur... nak katakan pembantu ! tak nampak apa yang dibantunya.... yang pasti mereka telah membantu menyempitkan ruang bilik dan membantu menghabiskan boreh jo.. tak kasihan ke tengok cikgu Sazali terpaksa tidur2 kambing di kerusi 'rajin' kat luar bilik tu,cikgu sarif yang keletihan mengekot kat seat mece nya... tak peka cuma pekak...siapa pelukut?!!

0 ulasan:

Catat Ulasan