Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

23 Oktober, 2011

JOM KAYUH .....

Baru lah nak menyempatkan diri untuk memaparkan peristiwa ni..
Letih santai dibuatnya ....
Bermula jam 845 pagi 22 okt 2011,murid2 dan guru2 yang terlibat dengan program jom kayuh dari skke ke bagan lalang. Mengambil masa 2 jam ,peserta2 jom kayuh telah menjejakkan dua roda basikal mereka dipantai peranginan daerah sepang yang popular ini.
Mereka telah diiringi oleh defender dari JPAM dan beberapa anggota bermotor- terima kasih En Khanif ( kawan lama ),kereta Peronda PDRM dari tg sepat dan beberapa anggota bermotor... anggota RELA pun ada yang merelakan diri untuk sama membantu.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada tuan / puan.
Kepada Guru besar ,guru2,YDP PIBG,para2 suami atau isteri yang turut serta,ibubapa perihatin,pekerja2 swasta sekolah yang rajin gila,wak jaga... Kesemuanya memainkan peranan masing2.cukup indah kerjasama yang terjalin.
Cikgu Sarif dan rakan2 berpuas hati dengan peserta2 dibawah pengawasan mereka sewaktu pergi. Tempoh 2 jam dengan kayuhan santai penuh semangat. Cikgu Sazali lah yang paling santai menduduki tempat tercorot dan akhirnya lepak santai diatas bongo.... kah..kah... yang penting , semangat wak jali.
petang dan malam... beberapa program telah diaturkan untuk para peserta jom kayuh yang terdiri murid tahun 6 dan 5 ( 55 orang semuanya ).bermula dengan ceramah oleh ustaz ahmad - kebesaran dan kekuasaan ALLAH.Selepas makan malam, para peserta membuat persembahan mengikut kumpulan masing2.Kemudian tidur la ..
Bertolak pulang pada pukul 900 pagi 23 okt 2011 .Jom kayuh sewaktu pulang agak mencabar.... mungkin kepenatan semalam.Walau apapun syabas dan tahniah kepada semua yang akhirnya sampai di halaman skke pada jam 12.00 tghari.
TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan JOM KAYUH.

BUNYI PAHAT.. rasa keliru tentang status yang berada bersama di bilik yang didiami oleh guru lelaki.Cikgu Amran mungkin dapat menjelaskan apakah status 2 invaders tu... nak katakan peserta.... rasanya dah lebih umur... nak katakan pembantu ! tak nampak apa yang dibantunya.... yang pasti mereka telah membantu menyempitkan ruang bilik dan membantu menghabiskan boreh jo.. tak kasihan ke tengok cikgu Sazali terpaksa tidur2 kambing di kerusi 'rajin' kat luar bilik tu,cikgu sarif yang keletihan mengekot kat seat mece nya... tak peka cuma pekak...siapa pelukut?!!
Read more >>

20 Oktober, 2011

program pensiswazahan guru

Permohonan adalah ditawarkan kepada
-guru2 yang telah disahkan dalam jawatan
-mendapat sokongan daripada ketua jabatan
-berumur 47 tahun ke bawah dan bersara wajib 58tahun

KEPADA rakan2 guru yang rasanya layak... jangan berlengah lagi .... peluang terbuka luas untuk anda mensiswazahkan diri anda.Tempoh cuma 3tahun setengah hingga 4tahun je... secara pjj dan boleh pohon biasiswa.
UNTUK AMBILAN 2012.... PPG mensasarkan seramai 35,180 orang guru untuk disiswazahkan.
tuan,puan,encik,cik cukup beruntung... macam untungnya batu dapat timbul dari dasar laut.
Bidang pilihan adalah meneruskan opsyen atau mengikut mp yang diajar sekarang atau subjek yang ditawarkan.
PERMOHONAN SECARA `ONLINE' boleh dibuat bermula 17oktober sehingga 27 november 2011. klik je kat tajuk atas ni ....

Keterangan lanjut boleh diajukan ke talian berikut 03 88841091 / 1269 / 1270 /1273

Kalau lah peluang ni ada pada waktu umur 20-an dulu .... pastinya telah tergenggam bergulung2
ijazah...
YANG TIDAK DILAYAKKAN SEPERTI CIKGU KARIM..HJ YUSRI..,HJ ISKANDAR DAN LAIN2 YANG TERLEWAT TU...,BERILAH GALAKKAN DAN TIUPKAN SEMANGAT KEPADA RAKAN2 GURU YANG MUDA2 TU MACAM CIKGU SARIF,CIKGU AZAM DAN LAINNYA..

saya pun dah terlajak jugak ni macam cikgu karim,hj yusri dan hj iskandar...dan lain2 tu LA...
Read more >>

18 Oktober, 2011

LALUAN KHAS KE SBP

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH... yang patut disyukuri oleh anak miskin tegar di SKKE.
Anak-anak diberi peluang dengan lebih mudah ke SBP, 3A dan 2B pun boleh melayakkan anak-anak untuk ke tingkatan 1 di SBP 2012
Dari SKKE cuma ada 5 orang murid yang memohon.
SEMOGA BERJAYA

TERIMA KASIH PN.ZARAMAH...
anda banyak membantu anak2 tahun6 SKKE
Read more >>

10 Oktober, 2011

TAHNIAH ! TAHNIAH !

4 orang murid skke... telah menyertai sukan tahunan sk batu laut bagi acara jemputan 4 X100.
Memang hebat lah. MENANG PULAK TU
Read more >>

04 Oktober, 2011

siang kedua

AKHIRNYA siap juga kerja2 yang perlu dihantar ke ppd pada atau sebelum 5 hb setiap bulan.
JUTAAN TERIMA KASIH buat pn.guru besar skke,wak selamat,su hem,
penyelaras tahun 6,en .Sharif dan beberapa orang guru wanita yang membantu.Sememangnya di peringkat awal ni perlukan bantuan dari semua yang terlibat.
WAK SELAMAT tak selamat hari ni kerana tolong punggah folder..
folder depan mata tapi tak perasan ....
Read more >>

03 Oktober, 2011

jkm...o....jkm

DIMANA2 pun sama je..
jadual kedatangan murid( jkm ) tak dihantar ke pejabat,borang ponteng sekolah perlu diisi dan dihantar ke ppd pada @ sebelum 5 haribulan.Enrolmen Murid warganegara dan bukan warganegara juga perlu dihantar ke ppd pada @ sebelum 5 haribulan juga.Tugas hari pertama di skke ... kantoi.
Semasa di skjt semua tu telahku bereskan sebelum pk hem baru mula bertugas ....
SEBENARnya perkara ni mudah je... tetapi puak2 penyusah ni berada bersepah dimana2
WAHAI warga penjaga kelas di skke tolonglah.. saya merayu kepada anda agar pastikan jkm tu dah di kemaskini dan sentiasa berada di pejabat sebelum jam 900 pagi.
TOLONG LA YE..
Read more >>

siang pertama ...






10km jarak dari rumah ke skke ;lebih kurang 12minit melalui jalan 27 bonggol.

ok lah tu....

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan skke jadi tuan rumah. Sibuk jugak lah guru2 skke..

Sebagai penyambut tetamu, bertemu lagi dengan mantan2 gb..4orang semuanya.

Salah seorang yang disambut .. cikgu saidon ,gb skbusut baru;kawan sama2 posting 1982 di smksm.Tahniah.. jadi gb ko ya...

Berbagai pertunjukan diadakan semasa menyambut ketibaan Tuan PPD klgt; paluan kompang ,pertunjukan silat,tarian..sketsa zaman negeri melaka. wow kreatif juga lah guru2 dan murid2 skke ni



PERASAN PULAK SEOLAH2 SIANG PERTAMA KU DI SKKE DI SAMBUT.... PERASAN....
Read more >>

01 Oktober, 2011

PROGRAM TERAKHIR DI SKJT





Sepatutnya pk hem baru yang berjumpa dengan parents asnaf di surau skjt pagi tadi.

Guru besar ada perkara yang perlu dibereskan...


pk pentadbiran ada hal dan hadir agak lewat


Mantan pk hem yang ada .... ok,tak ada hal boleh saje.





RAMAI juga parent yang hadir bersama anak2 mereka..


sebab kami menjemput pegawai lzs banting.. Tn Hj Isa . Awalnya en Mat Hussain - Ketua operasi LZS cawangan banting


Tuan YDP PIBG , en halid juga hadir .Terima kasih tuan.





TERIMA KASIH kepada jk yang telah merancang dan melaksanakan.





TERIMA KASIH pn ain dan pn bushra and the gangs


Read more >>