Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

27 September, 2012

bergaya dengan cermin mata percuma



TERIMA KASIH kepada kelab belia selangor di bawah selarasan MR BOB ( cikgu Zurihan Yusof ) pk koku sksj... geng lama ni
Program memeriksa mata dan pemberian cermin mata percuma kepada murid melalui ppd amat dihargai oleh warga skke.Kami gembira bila melihat murid2 kami bergaya dan ceria dengan cermin mata percuma tu... tentulah ceria,dah dapat membaca dengan jelas lah katakan.Murid2 kami ni memang layak pun .... rabun.

Kepada murid2 yang mendapat bantuan ni... tahniah lah.Gunakan lah dengan sewajarnya.
Read more >>

26 September, 2012

KWAPM..... KWANG..... KWANG...





TERIMA KASIH kepada semua yang hadir bagi memilih pemohon KWAPM yang layak bagi sesi 2013-
pn.guru besar,gpk2,ydp dan ajk pibg skke.ajk kwapm.
Banyak perkara yang harus di penuhi oleh cik Marlianna sebelum menghantar ke ppd
Setakat ini yang layak seramai 60 orang murid dari 73 pemohon.Tahniah la..kepada yang berjaya.

SUKAR juga nak jadi hamba yang jujur.Kerana untuk mendapatkan rm 200 sanggup merendahkan martabat diri dengan "menipu"... PELIKnya lah manusia ni.Juga dah diberi peringatan dalam borang tu pun ..
" Pernyataan butiran yang palsu dengan niat memperdaya atau mengelirukan Kementerian Pelajaran bagi meluluskan Skim bantuan ini adalah melakukan satu kesalahan rasuah di bawah Seksyen 18 akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang,atau RM 10,000.00,mengikut mana yang tertinggi."

Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia

BESAR kemungkinan ibu2, bapak2,datuk2,nenek2 tak baca @ tak faham

Kalau buat laporan/aduan  ke SPRM ni..., ramai yang kantoi.. ha..ha..

SEKALI LAGI terima kasih kepada Pn Roslina,Pn Ros'anna,En Masri,En Wahab,Pn  Asiah, Cik Siti Normiza dan Cik Marlianna dan tak lupa kepada parents yang jujur.

SYABAS kepada parents yang nyatakan pendapatan isi rumah tanpa niat menipu
Read more >>

25 September, 2012

berbincang dengan nazir dari kementerian





PAGI TADI..., tak diduga hadir 2 pegawai nazir dari putrajaya.Ha.. ha.. terkejut juga dibuatnya.
SEBELUM TU...., last night adalah chat dengan guru kaunselor dari skjt;pn norul ain,beliau ada menyentuh tentang pegawai nazir datang bertandang ke skjt beberapa bulan yang lalu... dan memantau unit yang di uruskannya.B&K lah tu..

PAGI TADI..., betul2 datang bertandang  2 pegawai nazir di skke.... malam cerita pasal nazir.... pagi bertemu nazir, nak berurusan dengan unit hem pulak tu... ha..ha...

Terima kasih lah kepada pegawai2 nazir tersebut.Perbincangan yang penuh mesra tu menampakkan bahawa  guru dan nazir memang ada hubungan yang sebegitu.Sama2 memberi pendapat dan pandangan ... paling tidak pun kita di sekolah ni tahu apa yang diperlukan oleh beliau2 ini bila mereka memantau.

Terima kasih juga kepada guru besar dan pentadbir skke;tidak lupa juga kepada ahli2 panel dari skke - Tn hj Iskandar, En Norhisyam dan Pn Zaramah - OTAI skke yang banyak membantu ... kata pegawai nazir tersebut kepada saya.Pegawai nazir  minta sampaikan ucapan terima kasih kepada kalian.
Read more >>

14 September, 2012

3 dalam 1 - khatam alquran,merdeka dan hari raya






SERONOK nya mereka - warga skke
Murid tahun 6- merdeka dan beraya
Murid tahun  2 & 5 membuat persembahan dan berbasikal keliling kampung bersama jalur gemilang.
SAMBUTAN yang sederhana tetapi cukup meriah
berbagai juadah,kuih muih,nasi impit kuah kacang dan rendang.. sup tulang.... satey ayam
Laichi Kang Kong ha.. ha..ha  .koktail bandung hjh asiah ..puh dreamland.
SELAMAT HARI RAYA... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 55 ... dan  khatam tadarus al quran..
Read more >>

10 September, 2012

SEMOGA BERJAYA







Kursus pend.moral tahun 3 selama 4 hari pada minggu lalu.Terima kasih kepada JU2 yang bertugas... banyak info tentang kssr dan pbs yang diberi.... walaupun bertambah lagi beban guru.

Esok ... murid tahun 6 akan menduduki upsr. Berbagai program telah diadakan bagi membantu mereka untuk berjaya,... solat hajat,RnR,bacaan yasin

Hari Jumaat ,, sambutan hari raya peringkat sekolah,sambutan hari Malaysia dan Program Khatam AlQuran.. 3 dalam 1...
SEMOGA BERJAYA
Read more >>