Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

12 Jun, 2013

PrOD fasa 2

Gambar Animasi Gerak Lucu 3

Hari jumaat dapat call dari gb - pergi ke BTPN Selangor -kursus PrOD pada 10 dan 11 Jun 2013, ini maknanya lepas cuti terus ke kursus.
Agak terkedu jugak lah bila dibagitahu pasal PrOD ni...dah lama dengar tapi pemahamannya kurang le pulak.
Bila dah berkursus, dapat lah sikit ilmu.
TETAPI YANG PALING MENARIK ialah ucapan tuan pengarah yang banyak input nasihat luar dan dalam .....
            KERJA BUAT @ BUAT KERJA

TAK TAHU BUAT  dan TAK MAHU BUAT
TAK TAHU BUAT tapi NAK BUAT
TAHU BUAT tapi TAK MAHU BUAT
TAHU BUAT dan NAK BUAT

Gambar Animasi Gerak Lucu 11

3 PERKARA TUAN PENGARAH

PERKARA YANG TIDAK BOLEH KEMBALI
  1. waktu / masa      2.kata -kata       3. kesempatan /peluang

PERKARA YANG MENGHANCURKAN HIDUP SESEORANG
1. kemarahan           2. keangkuhan    3. dendam

PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG
1. harapan                2. keikhlasan      3. kejujuran

PERKARA YANG PALING BERHARGA 
1. kasih sayang      2. cinta         3. kebaikan

PERKARA YANG TIDAK PASTI
1. kekayaan           2.kejayaan            3. mimpi

PERKARA YANG MEMBENTUK WATAK SESEORANG
1. komitmen        2. ketelusan           3. kerja keras

PERKARA YANG MENJADI SESEORANG CEMERLANG
1. tekad               2. kemahuan       3. fokus

PERKARA YANG TIDAK PERNAH DIKETAHUI
1. rezeki              2. umur                3. jodoh

PERKARA YANG PASTI
1. tua                   2. sakit                3. ajal






SUATU PERKARA yang paling berharga semasa kursus PrOD fasa 2 ni ,.... dapat bertemu dengan rakan
sekelas PMPS 80/81 di MPIK... PN AZIZAH BINTI ITHNIN, setelah 30 tahun tidak mendapat khabar berita...
TERIMA KASIH KEPADA PUAN kerana masih mengenali saya dan SAYA MINTA MAAF sebab saya tidak dapat mengecam puan........




Read more >>