Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

20 Jun, 2012

maklumat penting kepada ibubapa/penjaga





1.Latihan bagi sukan tahunan 2012 bermula dari 19/20/21 jun,diikuti saringan pada 22 jun.Hari sukan sebenar akan berlangsung pada 23 jun - FINAL.

Sukan tahunan 2012 diadakan secara tertutup je......,ha...ha..tertutup ! faham murid2 !
 2.Hari terbuka akan diadakan pada 26 jun 2012.Diharapkan ibubapa/penjaga dapat hadir pada hari tersebut yang bermula pada jam 10.40 pagi hingga 12.00 bagi prasekolah dan tahap1 pada 10.40 pagi hingga 1.00petang .Manakala tahap 2 pada jam 10.40 hingga 1.20 petang.
DATANG... jangan tak datang

3.Ibubapa yang ingin memohon prasekolah untuk anak2 mereka bagi sesi 2013 boleh berbuat demikian bermula 1 jun hingga 31 ogos ni.Borang permohonan boleh didapati di pejabat skke pada waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Tempat terhad - cuma 50 orang murid je..... yang awal dan yang layak diberi keutamaan.

HARAP MAKLUM LAH YE.......
Read more >>

12 Jun, 2012

lawatan....



Terima kasih kepada pihak bilik gerakan balai polis banting kerana telah menghantar seorang pegawai - kpl baharuddin bagi memantau keselamatan skke pada 11 jun 2012.Hubungan antara pihak berkuasa dan sekolah mesti ada lah ... gitu.
Pagi tadi wakil pkd en Norhisham abd rahman datang memantau makanan yang disediakan di kantin.Beliau menasihatkan agar pihak kantin banyak menghidangkan makanan yang bersayur dan juga buah2an.Terima kasihlah kepada pkd .
Cuma agak terkilan bila unit pergigian juga hadir secara ad-hoc.. hantar borang pagi tadi jam 9 am untuk diisikan maklumat murid...  esok mesti siap,sebab beliau2 ni nak buat pemeriksaan gigi murid2 pra hingga thn 6.
Apa macam? kesian lah cikgu2 saya ni. .beliau2 ingat cikgu2ni kat sekolah ni  goyang2 kaki ke..? HAMPEH betul lah...
Apa macam pun cikgu2 kena siapkan jugak.... mesti ya... ha..ha..
Read more >>

11 Jun, 2012

TAHNIAH...kamu dapat hadir....




Pada perhimpunan mingguan pagi ini,ucapan tahniah diberikan kepada yang hadir .
Ada yang ceria....
Ada yang letih,.. masih mengantuk
Bangun ... Bangun ... MULAkan pagi ini dan seterusnya dengan semangat serta kekuatan

JIKA INGIN CEMERLANG pastikan rajin mengkaji dan mengulang
JIKA INGIN YANG TERBAIK ,, perlu menjadi murid yang baik
Read more >>