Selamat datang ke HEM SK Kampong Endah... Moga bersama perolehi ilmu bermanfaat.. Segala isi pernulisan dan artikel diharap dapat disebarkan dan dikongsikan bersama..

18 Ogos, 2010

PROSES KERJA PENGURUSAN HEM



PENGURUSAN PERLANTIKAN PENGAWAS
SEKOLAH


TINDAKAN GPK HEM

Mendapatkan senarai nama pengawas darjah 4 sebelum hujung tahun.
Meminta guru pengawas menyediakan senarai nama pengawas baru untuk percubaan.
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa HEM mengenai pemilihan dan pelantikan pengawas percubaan.

TINDAKAN GURU PENGAWAS

Mendapatkan cadangan nama dari guru-guru darjah dan guru-guru mata pelajaran.
Menyedia dan melaksanakan mesyuarat jawatankuasa HEM untuk meneliti dan memilih pengawas percubaan.
Memaklumkan kepada nama yang terpilih dan memberi jadual bertugas sehingga cuti persekolahan pada hujung tahun.

TINDAKAN GPK HEM / GURU PENGAWAS
Meneliti prestasi dan memilih pelajar yang layak untuk dilantik sebagai pengawas sekolah pada awal tahun.
Mengadakan temuduga jika perlu.
Menentukan tarikh untuk upacara Perasmian Pelantikan Pengawas.

TINDAKAN AJK LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS
Menyusun aturcara dan keperluan majlis perasmian.
Melaksanakan upacara berkenaan.
Merekodkan / mendokumentasikan semua kegiatan yang dijalankan.

GPK HEM DAN GURU-GURU PENGAWAS
Menentukan agihan tugas kepada semua pengawas.
Memantau / Memastikan semua pengawas melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan.
Masa pelaksanaan : September 2010 hingga Januari 2011





PROSES PERTUKARAN MURID DALAM /
LUAR NEGERI


TINDAKAN GURU BESAR
Menerima permohonan pertukaran yang sah daripada ibu bapa / penjaga.
Mengarahkan GPK HEM menguruskan proses perpindahan pelajar berkenaan.
TINDAKAN GPK HEM
Meminta guru kelas menguruskan pertukaran pelajar.
Mengarahkan pelajar mengembalikan buku pinjaman dan mendapatkan semua borang SPBT.
Memaklumkan kepada guru kelas untuk mengemaskinikan Buku Rekod Kedatangan Pelajar.
TINDAKAN GURU KELAS
Memberi borang berkaitan untuk diisi dan menyerahkan kepada PT.
TINDAKAN PEMBANTU TADBIR
Menaip Borang Pertukaran, Borang Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan.
TINDAKAN GURU BESAR
Menandatangani borang permohonan.
TINDAKAN PEMBANTU TADBIR
Memberi satu salinan borang permohonan kepada penjaga.
Menguruskan dan merekodkan kiriman.
Memfailkan sesalinan.

Masa pelaksanaan : Sepanjang Tahun



PROSES PENGURUSAN PELAJAR SAKIT DI SEKOLAH



TINDAKAN GURU BERTUGAS
Mengiringi murid ke bilik rawatan.
Mengenalpasti tahap kesihatan murid.
Memberi rawatan kecemasan ( jika perlu )
Mengisi borang kemasukan ke bilik rawatan.
Menghantar murid ke hospital / klinik yang berdekatan jika perlu bersama surat akuan pelajar dari sekolah.
Merekod dalam buku laporan bertugas harian.

TINDAKAN GURU HEM
Menerima laporan dari guru bertugas.
Memberitahu ibu bapa / penjaga murid / menghantar murid pulang ke rumah ( jira perlu )
Melaporkan secara lisan lepada Guru Besar mengenai keadaan murid berkenaan.
TINDAKAN GURU BESAR
Menerima laporan pelajar sakit / mendapat kecederaan.
Masa pelaksanaan : Sepanjang waktu persekolahan



PENGURUSAN TUNTUTAN INSURAN KEMALANGAN

TINDAKAN GURU BESAR

1.
Menerima laporan kemalangan / kematian daripada ibu / penjaga.
2. Menyerahkan kepada GPK HEM untuk tindakan.
3. Memerima dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan:
i. Laporan polis.
ii. Laporan hospital
iii. Sesalinan surat beranak pelajar dan kad pengenalan daripada
ibu bapa / penjaga.
iv. Sijil kematian ( jika meninggal dunia )
4. Mengambil borang tuntutan dari pejabat Takaful
( dalam tempoh 28 hari dan tarikh kemalangan ).
5. Melengkapkan borang tuntutan.
6. Menyerahkan kepada pembantu tadbir untuk diurus.

TINDAKAN GPK HEM

1. Menghantar ke pejabat Takaful.
Masa pelaksanaan : Bila mendapat laporan dari ibubapa/penjaga


PROSES PENGURUSAN LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN DI SEKOLAH

TINDAKAN GURU BESAR
1. Mengarahkan GPK HEM untuk mengadakan latihan kecemasan /
kebakaran.

TINDAKAN GPK HEM
2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan untuk menentukan tarikh dan keperluan latihan kecemasan / kebakaran seperti :
a. Menghubungi Jabatan Bomba Daerah.
b. Penerangan kepada semua warga sekolah.
c. Gambarajah / pelan sistem pergerakan.
d. Tempat / kawasan berkumpul.
3. Melaksanakan latihan dengan membunyikan loceng kecemasan pada
hari yang ditetapkan.
4. Membuat catatan mengenai perjalanan latihan.

TINDAKAN GURU –GURU KELAS
5. Memastikan pelajar mengikut dengan betul arahan yang diberikan.
6. Menandakan kehadiran pelajar di tempat berkumpul.
7. Memastikan semua pelajar berada semula di kelas selepas tamat latihan.

TINDAKAN GPK HEM
8. Mengadakan mesyuarat AJK berikut untuk membuat post mortem
pelaksanaan latihan kecemasan/ kebakaran.
9. Menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Guru Besar dan
simpanan fail.

Masa pelaksanaan : Mac , Jun dan September


BIDANG-BIDANG TUGAS JK UNIT HEM
SK JLN TANJUNG

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 2010
BIDANG TUGAS
1 Merancangkan segala aktiviti yang berpusatkan murid demi keperluan dan kepentingan mereka.
2 Mengadakan mesyuarat dari masa ke senasa mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar.
3 Semasa mesyuarat semua ahli jawatankuasa perlu hadir bagi membentang, membincangkan dan melaporkan perkara-perkara atau program yang akan atau yang telah dilaksanakan berkaitan hal ehwal murid.

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
BIDANG TUGAS:
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks.
mesyuarat diadakan dua kali, iaitu diawal dan di akhir tahun.
Pembahagian tugas pagi / petang.
Taklimat untuk guru darjah.
Buku stok (mengikut darjah).
Pengedaran / pengumpulan.
Buku rosak / hilang.
Menubuhkan pasukan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (pelajar).
2. Borang Pemohonan SPBT.
2.1 Mengedar borang kepada setiap pelajar.
2.2 Borang yang lengkap akan dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru SPBT.
3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT.
Mengadakan mesyuarat dipengurusikan oleh Guru Besar / Penolong Kanan HEM bagi menentukan pelajar – pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.
4. Keputusan pemohonan pelajar.
Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak mendapat dan gagal kepada guru darjah.
5. Membuat pesanan buku.
5.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
5.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
5.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
6. Pengedaran.
6.1 Mengedarkan mengikut kelas.
6.2 Menentukan tarikh pengedaran.
6.3 Mengesan kelancaran pengedaran.
6.4 Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah.
6.5 Mengedarkan buku-buku kepada pelajar- pelajar yang baru masuk.
6.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar.
6.7 Memastikan guru Kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar yang layak.
6.8 Memastikan semua guru Kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / borang G mengikut jadual.
7. Pengurusan Rekod dan Dokumen.
7.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
7.2 Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas).
7.3 Senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan.
7.4 Menyimpan rekod buku, hampuskira, rosak, hilang.
8. Pengurusan Keselamatan Buku.
8.1 Memastikan ada buku khas SPBT.
8.2 mengurus bilik SPBT.
8.3 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
8.4 Peraturan pengedaran ke sekolah lain.
8.5 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut buku.


9. Pengurusan Pemulangan SPBT.
9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.
9.2 Menyediakan senarai nama buku bertugas mengikut tarikh / Kelas.
9.3 Melapor kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan.
9.3.1 Peratus rosak / hilang.
9.3.2 Guru bertugas.
9.1.3 Hampus kira.
9.3.4 Kekurangan / lebihan.
10.Pengurusan Stok dan Inventori.
10.1 Surat mensyuarat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan.
10.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan terator dan selamat.
10.4 Mengemaskini inventori SPBT.
10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
11.Cadangan Buku Bacaan Tambahan.
11.1 Mendapatkan maklumat dan Ketua Panitia / guru Kanan Mata Pelajaran.
11.2 Merekodkan dan menyimpan buku – buku bacaan tambahan.
11.3 Memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM.
12. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap Kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).

JAWATANKUASA PERANCANGAN MAKANAN TANBAHAN (RMT)
DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH

BIDANG TUGAS:
Mengadakan perjanjian dengan pengurus kantin.
Mengadakan pemilihan murid untuk RMT / PSS.
Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT / PSS.
Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan di akhir tahun.
Mengawasi murid ketika makan.
Membuat laporan RMT pada pertengahan dan akhir tahun.
Mengedar susu kepada murid-murid yang terlibat dengan PSS.

JAWATANKUASA KESIHATAN

BIDANG TUGAS:
Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick baby).
Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan / penyelaras tingkatan.
Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.
Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan.
Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain.
Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

JAWATANKUASA KEBAJIKAN

BIDANG TUGAS:

Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti :
Pelajar miskin.
Kemalangan.
Rawatan berterusan (penyakit kronik).
Kematian.
Kecemasan / bencana.
Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluaan.
Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keperihatinan pelajar terhadap kebajikan.
Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar.
Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
Menubuhkan unit hilang / jumpa.
Menggalakan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar.

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIDANG TUGAS:

Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
Menyediakan dan menyelaras rekod bimbingan dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid- murid baru.

JAWATANKUASA SMM

BIDANG TUGAS:

Mengumpul, mengemaskini dan menyimpan data dan maklumat murid berdasarkan borang SMM dan BMM.
Memastikan laporan maklumat murid dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Memastikan setiap murid mempunyai fail peribadi dan disusun mengikut kelas yang telah ditetapkan.
Buku Laporan Adab Belajar dan Buku Rekod Kesihatan yang diterima daripada guru kelas mencukupi, sempurna, dikemaskini dan disimpan di dalam Bilik Rekod.
Memastikan rekod murid masuk dan keluar dikemaskini dengan bantuan guru kelas atau merujuk surat- surat peraturan dan kemasukan di pejabat.



JAWATANKUASA KESELAMATAN
BIDANG TUGAS:
Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.
Mencadangkan lantikan pegawai lalu lintas sekolah kepada guru Besar.
Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalu lintas (jika perlu).
Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.
Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun dan buku latihan pelajar.
Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat- tempat yang merbahaya.
Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah.
Mendapatkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakkan.
Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.

JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN
BIDANG TUGAS:
Mendaftarkan murid-murid baru ke dalam buku pendaftaran dengan bantuan guru- guru kelas.
Memastikan kerja- kerja pendaftaran dilaksanakan dengan sempurna terutama murid- murid Tahun Satu.
Mengemaskini Buku Pendaftaran dari semasa ke semasa.
Mengurus dan memastikan murid-murid tahun 6 ditempatkan di sekolah menengah yang dicadangkan.
Menguruskan kes-kes rayuan penempatan ke sekolah menengah.

JAWATANKUASA JADUAL KEDATANGAN
BIDANG TUGAS
Maklumkan kepada guru- guru kelas mengenai butir- butir yang perlu dan belum dilengkapkan dengan sempurna dengan bantuan penyelaras aliran.
Melaporkankepada GPK HEM / Guru Besar mengenai sebarang masalah berkaitan dengan jadual kedatangan.


JAWATANKUASA PROGRAM DENGGI SEKOLAH
BIDANG TUGAS:
Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes kearah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi.
Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat.
Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah dan media.
Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang dan melaksanakan program pencegahan denggi.
Memantau dan melapor pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di sekolah kepada Pejabat Pelajaran Gabungan / Daerah.
Memantau, melapor dan merujuk kes- kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib.

JAWATANKUASA KEBERSIHAN

BIDANG TUGAS

1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa.
2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.
3. Merancang dan menaja berbagai– bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti:
3.1 Kempen kebersihan.
3.2 Pertandingan kebersihan kelas.
3.3 Pertandingan mengarang esei kebersihan.
3.4 Ceramah- ceramah kebersihan.
3.5 Pertandingan poster kebersihan.
3.6 Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah.
3.7 Lawatan ke sekolah- sekolah lain
4. Mengadakan projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja- kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini.
6. Menyusun jadual kerja yang dialankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke semasa dan membuat laporan tahunan kerja.

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

BIDANG TUGAS

1. Memastikan Penguasaan Kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan / Kesihatan.
2. Memastikan jenis- jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat- syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
4. Memastika tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.
5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk menggambil makanan.
6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada dipremis supaya mudah dihubungi.
9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementeriaan Kesihatan.
10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung salji/ kain maslin/ disimpan dalam bekas yang tertutup.
11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari- hari persekolahan.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
14. Membuat laporan mingguan di dalam buku/ borang laporan kantin.
15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kanitn 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa.
17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.


JAWATANKUASA DISIPLIN

BIDANG TUGAS

1. Merangka dan menentukan dasar- dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah- masalah disipli yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.
4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan- kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukum penggantungan sementara atau hukum buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes- kes berat mengenai disiplin.
5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.
6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip- prinsip Rukun Negara.
8. Menerima laporan pengawas/ guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.
10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/ Jabatan Pendidikan/ PPD.
13. Merancang dan melaksanakan program dan meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
14. Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibu bapa/ penjaga dalam menangani masalah disiplin.

Tugas Setiausaha Lembaga Disiplin.

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.
2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru.
3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke semasa di perhimpunan sekolah.
4. Bertanggungjawab:
4.1 menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.
4.2 Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
4.3 Membimbing dan membantu pengawas dalam penguatkuasakan peraturan sekolah.
4.4 Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
4.5 Menyediakan laporan tahunan Lembaga Disiplin.
4.6 Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.

Guru Disiplin

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penghayatan nilai- nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastika peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes- kes salah laku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
6. Menjadi Pegawai Perhubungan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah dikalangan pelajar dan guru.
8. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku laporan disiplin.
9. melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.
10. Menghubungi pihak polis jika perlu.
11. Bekerjasama dengan senua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check).
12. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes- kes yang serius seperti:
12.1 Penyalahgunaan dadah.
12.2 Gambar lucah.
12.3 Video lucah.
12.4 Majalah lucah.
12.5 Peras ugut.
12.6 Kumpulan haram.
12.7 Bohsia.
12.8 Bohjan dan lain- lain.
13. Bersedia bertugas pada bila- bila masa terutama pada hari- hari yang difikirkan perlu seperti:
13.1 Hari terakhir peperiksaan awam.
13.2 Hari sukan.
13.3 Hari keluarga.
13.4 Majlis- majlis sekolah.

ADU DISIPLIN
Menerima aduan dan merekod aduan
Melapor hasil siasatan/membuat maklumbalas/
Memastikan aduan-aduan diambil tindakan serta-merta oleh pihak yang berkenaan
dan melaporkan hasil siasatan kepada guru besar untuk diperakui.




0 ulasan:

Catat Ulasan