Home » Archives for 2014
14 April, 2014
AMALAN 5S .... akan terbit di skke?
Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang
membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini
diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas
penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah
dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya
mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah
organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan
yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja.
Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau
tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan
yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan
dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak
diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan
penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan
berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan
barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk
menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari
pada masa akan datang.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam
persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja,
menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan
peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran
yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah
disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi
panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang
dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan
sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada
tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti
terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh
kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat
kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan
tempat kerja mereka.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan
penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang
dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita,
memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk
menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu
dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan
mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
10 April, 2014
5 S .... Oh 5S
DIHARAP semua warga skke dapat menerima budaya lama diperbaharui
yang ingin diperkenalkan ni. SISIH ,SUSUN,SAPU,SERAGAM,SENTIASA DIAMAL ( 5S )
Semoga me dapat kerjasama dari semua staf dan murid. InsyaAllah.
Read more >>
yang ingin diperkenalkan ni. SISIH ,SUSUN,SAPU,SERAGAM,SENTIASA DIAMAL ( 5S )
Semoga me dapat kerjasama dari semua staf dan murid. InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)